• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kerajaan Singapura guna wajah sebagai pengesahan identiti, pertama di dunia seumpamanya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:54 pm
  • 28/09/2020
  • Komen
Kerajaan Singapura guna wajah sebagai pengesahan identiti, pertama di dunia seumpamanya
Share on FacebookShare on Twitter

Pengenalan biometrik adalah kaedah pengesahan identiti antara yang paling selamat. Ia tidak mudah digodam seperti kata laluan. Wajah adalah salah satu contoh pengenalan biometrik yang boleh digunakan dan Singapura jadi yang pertama memanfaatkannya terhadap rakyat negaranya.

SingPass Face Verification menjadi salah satu cara pengesahan identiti selain penggunaan kata laluan dan cap jari yang telah digunakan dalam SingPass. Menggunakan cara ini, kira-kira 4 juta rakyat Singapura kini boleh mengakses lebih 500 servis kerajaan yang ditawrakan di lebih 180 agensi kerajaan.



Antara manfaat yang dicanang ialah:

  • Ringkas dan senang digunakan, pengguna tak perlu bersusah payah lakukan pendaftaran berulang kali
  • Kemudahan kepada warga emas yang hadapi kesukaran gunakan teknologi
  • Perluas perkhidmatan kerajaan kepada rakyat yang tiada kemudahan telefon pintar
  • Memudahkan pihak swasta, kecil atau besar, untuk bertumbuh pesat tanpa perlu membangunkan infrastruktur sendiri.
  • Memacu pertumbuhan ekonomi digital
  • Keselamatan dipertingkat kerana pengenalan biometrik mengatasi keselamatan kata laluan
  • Mengurangkan risiko terlupa kata laluan
  • Akses terhadap servis kerajaan dipermudah terhadap jutaan rakyat Singapura

Sebelum diperluas ke servis lain, Singapura telah menjalankan ujian awal sistem ini terhadap DBS Bank Ltd. Semasa tempoh ujian, pelanggan DBS Bank boleh membuka akaun simpanan di bank berkenaan menggunakan pengecaman wajah dan lebih sejuta pelanggannya telah memanfaatkannya.



Sumber, 2

Tags: dbspengenalan biometrikpengesahan identitisingapurasingpass
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Kerajaan Singapura guna wajah sebagai pengesahan identiti, pertama di dunia seumpamanya

Kerajaan Singapura guna wajah sebagai pengesahan identiti, pertama di dunia seumpamanya

28 September 2020
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN