• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Garmin Forerunner 745, jam kecergasan yang ringan fizikal dan berat fungsi

  • OLEH Najib
  • 12:24 pm
  • 30/09/2020
  • Komen
Garmin Forerunner 745, jam kecergasan yang ringan fizikal dan berat fungsi
Share on FacebookShare on Twitter

Buat peminat tegar larian bertahap marathon, Garmin Malaysia kini ada peranti yang sesuai untuk menjejak aktiviti kecergasan anda melalui jam pintar terbaru mereka, Forerunner 745. Ia menampilkan rekaan yang ringan dengan pelbagai ciri pintar dan pengesanan kecergasan.

Forerunner 745 memiliki badan yang lebih kecil dari biasa, dengan pilihan warna yang menarik perhatian. Beratnya hanya 47 gram, hampir tidak terasa bila dipakai di pergelangan tangan.



Tidak kira berlari, berbasikal atau berenang, Forerunner 745 boleh memantau pelbagai data kecergasan seperti VO2 max, Pulse Ox, denyutan nadi, waktu tidur dan banyak lagi. Di atas basikal, ia boleh mengesan pergerakan seperti waktu duduk dan berdiri serta fasa tenaga digunakan.

Semasa berenang, ia dapat memantau jarak, strok, pergerakan dan lain-lain. Ia juga boleh membuat pengiraan impak aktiviti kecergasan dan mencadangkan waktu berehat untuk memulihkan semula fizikal sebelum kembali beraksi.



Lebih banyak maklumat boleh diproses apabila Forerunner 745 disambungkan ke aplikasi Garmin Connect atau aplikasi latihan yang lain, seperti TrainingPeaks, TrainerRoad, Strava dan Komoot. Selain itu, ia juga serasi digunakan bersama aplikasi latihan Garmin Coach. Jadi pengguna boleh berlatih larian 5K, 10K atau lebih lagi dengan panduan dari tiga orang pakar: Jeff Galloway, Greg McMillan dan Amy Parkerson-Mitchell.

Sebagai jam pintar, pengguna boleh mendapatkan notifikasi dari telefon pintar untuk dipaparkan di muka jam. Selain itu, ia juga boleh menyimpan sehingga 500 lagu di dalam jam, atau memuat turun lagu dari Spotify agar boleh didengari tanpa sambungan ke telefon pintar.

  • Forerunner 745 Flame Red
  • Forerunner 745 Fresh Mint

Aktiviti kecergasan menjadi lebih jitu dengan GPS yang terbina di dalam. Baterinya boleh memberi tenaga sehingga 7 hari dalam mod jam pintar, sehingga 16 jam dalam mod GPS dan sehingga 6 jam dalam mod GPS bersama muzik.

Orang ramai di Malaysia boleh mendapatkan jam pintar Garmin Forerunner 745 pada harga RM2,499 dari Stor Rasmi Garmin, AECO Online Shop, Lazada, Shopee dan semua pengedar sah Garmin. Terdapat empat warna disediakan iaitu hitam, putih, hijau dan merah.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Garmin Forerunner 745.

Tags: garminGarmin Forerunner 745
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Garmin Forerunner 745, jam kecergasan yang ringan fizikal dan berat fungsi

Garmin Forerunner 745, jam kecergasan yang ringan fizikal dan berat fungsi

30 September 2020
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER