• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Laptop dan jam pintar baru Honor akan dilancarkan pada 6 Oktober

  • OLEH Najib
  • 6:53 pm
  • 01/10/2020
  • Komen
Laptop dan jam pintar baru Honor akan dilancarkan pada 6 Oktober
Share on FacebookShare on Twitter

Honor Malaysia telah mengkhabarkan bahawa mereka akan melancarkan jam pintar Honor Watch GS Pro dan laptop Honor MagicBook Pro tidak lama lagi. Hari ini, mereka mengesahkan ia akan dilancarkan di Malaysia pada 6 Oktober 2020.

Ketibaan jam pintar dan laptop Honor ini serentak dengan pelancaran telefon pintar Xiaomi Mi 10T di Malaysia.



Honor Watch GS Pro

Dilancarkan di pameran IFA 2020, Honor Watch GS Pro sebenarnya adalah jam pintar yang sama dengan MagicWatch 2, tetapi ia lebih tahan lasaka kerana menepati standard ketenteraan MIL STD-810G. Bermakna ia tahan suhu ekstrem, debu dan habuk, gegaran, hentakan, kelembapan, altitud dan banyak lagi.

Selain itu, baterinya juga ada jangka hayat lebih panjang, sehingga 25 hari untuk penggunaan biasa atau 47 jam dalam mod penjejak GPS. Selain itu, persamaannya dengan MagicWatch 2 seperti skrin AMOLED 1.39-inci, dikuasakan cip Kirin A1 dan dilengkapi mikrofon serta speaker.



Honor Watch GS Pro dijual di Eropah pada harga EUR 250 (~RM1,227). Untuk perbandingan, Honor MagicWatch 2 46mm telah dijual di Malaysia pada harga RM649.

Honor MagicBook Pro

Laptop paling berkuasa dari Honor ini menggunakan pemproses AMD Ryzen 5 4600H bersama RAM DDR4 16GB dan storan SSD NVMe 512GB. Ia memiliki skrin berukuran 16.1-inci HD Penuh serta bateri 56Wh yang boleh bertahan sehingga 11 jam. Pengecasan pantas 65W disokong melalui port USB-C.

Terdapat dua pembesar suara di kiri dan kanan papan kekunci dan ia datang dengan butang kuasa yang memiliki pengimbas capjari terbina di dalamnya. Ia turut dilengkapi kamera boleh sembunyi di dalam papan kekunci serta port lengkap seperti 3 port USB-A, port USB-C, port HDMI dan jek audio 3.5mm.

Laptop Honor MagicBook Pro dijual di Eropah bersama RAM 16GB dan storan 512GB pada harga EUR 899 (~RM4,420). Memandangkan harga produk Honor di Malaysia jauh lebih murah berbanding di Eropah, kita boleh jangkakan laptop ini akan dijual di bawah RM4,000.

Tags: honorHonor MagicBook ProHonor Watch GS Pro
Najib

Najib

POPULAR

Laptop dan jam pintar baru Honor akan dilancarkan pada 6 Oktober

Laptop dan jam pintar baru Honor akan dilancarkan pada 6 Oktober

1 October 2020
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026
iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

10 September 2026
Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

7 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN