• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pelancaran Mi 10T di Malaysia akan diadakan pada 6 Oktober

  • OLEH Najib
  • 2:57 pm
  • 25/09/2020
  • Komen
Mi 10T akan dilancarkan dengan cip 5G Qualcomm baru pada 30 September
Share on FacebookShare on Twitter

Pelancaran telefon pintar Xiaomi Mi 10T di peringkat antarabangsa, telah dijadualkan pada 30 September 2020. Kini Xiaomi Malaysia telah mengesahkan bahawa, telefon ini akan dilancarkan di Malaysia seminggu selepas itu, 6 Oktober 2020.

Orang ramai boleh menonton siaran langsung majlis pelancaran Mi 10T pada 30 September, menerusi saluran media sosial Xiaomi. Acara ini akan bermula pukul 8 malam, waktu Malaysia. Pasti kita boleh mendapatkan anggaran harga jualan Mi 10T di Malaysia, selepas mengetahui harga pelancaran antarabangsa.



Mi 10T adalah pengganti kepada telefon Xiaomi yang popular tahun lepas, Mi 9T. Dijangka terdapat dua model di dalam siri Mi 10T akan diperkenal kelak, iaitu Mi 10T dan Mi 10T Pro.

Seperti model sebelumnya, Mi 10T Pro akan dikuasakan pemproses Snadpragon 865. Manakala untuk Mi 10T, ia dikatakan akan menggunakan cip Snapdragon 750G, cip baru dari Qualcomm yang dilengkapi 5G.



Ura-ura mengatakan, kamera utama di telefon baru ini menggunakan sensor 108MP. Ia juga akan dibekalkan skrin AMOLED 144Hz dan bateri besar 5,000mAh.

Untuk perbandingan, Mi 9T dilancarkan di Malaysia pada harga dari RM1,199 manakala Mi 9T Pro berkuasa Snapdragon 855, berharga dari RM1,599. Harga untuk siri Mi 10T kelak, dijangka tidak jauh berbeza dari harga Mi 9T.

Tags: xiaomiXiaomi Mi 10T
Najib

Najib

POPULAR

Mi 10T akan dilancarkan dengan cip 5G Qualcomm baru pada 30 September

Pelancaran Mi 10T di Malaysia akan diadakan pada 6 Oktober

25 September 2020
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN