• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Mi 9T dilancar di Malaysia dalam dua storan 64GB dan 128GB

  • OLEH Najib
  • 6:58 pm
  • 20/06/2019
  • Komen
Mi 9T dilancar di Malaysia dalam dua storan 64GB dan 128GB
Share on FacebookShare on Twitter

Peranti yang dinanti ramai, Mi 9T akhirnya selamat dilancarkan di Malaysia hari ini. Ia membawakan peranti berkuasa tinggi dengan harga sangat mampu milik. Malaysia merupakan negara pertama di Asia, Mi 9T dilancarkan.

Mi 9T akan mula dijual di Malaysia pada 25 Jun 2019. Terdapat dua varian boleh dibeli dengan harga berikut:



  • Mi 9T 64GB – RM1,199
  • Mi 9T 128GB – RM1,399

Khas pada jualan hari pertama, pembeli boleh mendapat diskaun RM100 untuk Mi 9T 64GB hanya di Lazada. Menjadikan harga jualannya hanya RM1,099.

Agar tidak ketinggalan, anda boleh mula memasukkan Mi 9T ke dalam wishlist dari hari ini, 20 hingga 24 Jun 2019. Pada 25 Jun nanti, ia akan mengingatkan anda untuk membeli Mi 9T dengan diskaun RM100.



Mi 9T dikuasakan cip Snapdragon 730 berkuasa tinggi dan ia dipadankan dengan RAM sebanyak 6GB. Dua jenis storan disediakan antara 64GB dan 128GB.

Skrin Mi 9T seluas 6.39-inci dari jenis AMOLED, tanpa lubang dan takuk. Skrin ini turut menempatkan pengimbas capjari di dalamnya.

Kamera hadapan 20MP F2.2 padanya menggunakan modul pop-up yang boleh disembunyi. Manakala di belakang, Mi 9T dipasang 3 kamera iaitu kamera utama 48MP F1.75, kamera ultra lebar 13MP F2.4 dan kamera telefoto 8MP F2.4 dengan 2x zum optikal.

Mi 9T memiliki bateri besar 4,000mAh dan datang dengan pengecas pantas 18W USB-C. Ia juga masih ada jek audio 3.5mm tetapi tiada slot kad mikroSD.

Terdapat tiga warna ditawarkan untuk Mi 9T iaitu Glacier Blue dan Flame Red, dengan kemasan belakang seakan nyalaan api. Warna ketiga ialah Carbon Black.

Hingga kini, masih tiada khabar tentang kewujudan Mi 9T Pro. Kalau anda menantikannya, lupakan sajalah. Samada beli set import Redmi K20 Pro atau beli sahaja Mi 9T ini. Sangat berbaloi, pasti tidak mengecewakan.

Tags: Mi 9Txiaomi
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Mi 9T dilancar di Malaysia dalam dua storan 64GB dan 128GB

Mi 9T dilancar di Malaysia dalam dua storan 64GB dan 128GB

20 June 2019
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN