• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Garmin Venu Sq pecah tradisi jam bulat Garmin

  • OLEH Najib
  • 4:17 pm
  • 05/10/2020
  • Komen
Garmin Venu Sq pecah tradisi jam bulat Garmin
Share on FacebookShare on Twitter

Garmin Malaysia membawakan model baharu untuk siri Venu mereka. Jika sebelum ini berbentuk bulat, model terbaru ini berbentuk petak dan diberi nama, Venu Sq. Terdapat dua model Venu Sq diperkenalkan, edisi biasa dan edisi muzik.

Harga

Dua jam pintar baru Garmin ini mula dijual di Malaysia pada 28 September 2020 dan ia boleh dibeli di Lazada, Shopee, AECO Online Shop dan semua pengedar sah Garmin. Harga jualannya di Malaysia adalah seperti berikut:



  • Garmin Venu Sq – RM999
  • Garmin Venu Sq Music Edition- RM1,250

Untuk waktu terhad, pembeli Garmin Venu Sq akan turut menerima tali jam bercorak batik edisi terhad, selagi stok masih ada. Terdapat banyak warna boleh dipilih untuk Garmin Venu Sq, antaranya hitam, putih, biru, hijau, kelabu dan ungu.

Spesifikasi

Garmin Venu Sq memiliki muka jam LCD berukuran 1.3-inci, dilapisi kaca Corning Gorilla Glass 3. Badannya diperbuat dari aluminium manakala tali jam dari jenis silikon yang mudah lentur.



Hayat bateri pula sehingga 6 hari dalam mod smartwatch dan sehingga 14 jam dengan GPS aktif berterusan. Untuk Music Edition, ia boleh digunakan sehingga 6 jam jika memainkan muzik dan GPS aktif.

Ciri-ciri kecergasan yang terdapat di Garmin Venu Sq adalah seperti pemantuan denyutan nadi 24/7, Pulse Ox2, waktu tidur, tahap tekanan diri, serta tahap bateri badan (Body Battery), yang memberikan pengguna anggaran tahap tenaga badan mereka.

Lebih dari 20 aktiviti dalam dan luar bangunan disokong, termasuk berenang. Ia juga kalis air 5ATM, membolehkan ia dibawa berenang tanpa risaukan tahap kedalaman.

Khas untuk Music Edition, ia boleh menyimpan sehingga 500 lagu dari platform penstriman popular seperti Deezer dan Spotify. Pengguna boleh memuat turun lagu kegemaran dan memainkannya terus dari jam tanpa berhubung ke telefon pintar.

Peranti ini juga boleh memaparkan notifikasi dari telefon pintar, serta menyokong NFC untuk pembayaran tanpa sentuh. Ia juga menyokong sambungan ke peranti Android dan iOS, melalui aplikasi Garmin Connect.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Garmin Venu Sq.

Tags: garminGarmin Venu SqGarmin Venu Sq Music Edition
Najib

Najib

POPULAR

Garmin Venu Sq pecah tradisi jam bulat Garmin

Garmin Venu Sq pecah tradisi jam bulat Garmin

5 October 2020
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN