• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Oppo A93: Maklumat penjualannya di Malaysia

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:48 pm
  • 06/10/2020
  • Komen
Oppo A93: Maklumat penjualannya di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Tahun ini saja sudah ada tiga Oppo siri A9 dilancarkan. Mac 2020 kita ada Oppo A91, Mei 2020 kita ada Oppo A92 dan dalam bulan Oktober, Oppo memperkenalkan pula A93.

Oppo A93 akan mula dijual pada harga RM1,299.



Anda boleh mula dapatkannya pada 10 Oktober ini melalui pelbagai saluran, daripada pengedar sah hinggalah telco.

Sebagai perbandingan, Oppo A92 dilancarkan dulu pada harga RM1,299, Oppo A91 pada RM999 manakala A9 (2020) pada RM1,199.



Spesifikasi Oppo A93

Kalau anda rujuk helaian spesifikasi telefon ini, anda akan dapati ia adalah “rojak” kepada A91 dan A92. Sebab saya katakannya rojak adalah sebab, dekat A91 ada paparan AMOLED tapi A92 ditukar kepada LCD, tapi di A93 AMOLED kembali semula.

Saiznya lebih kurang sama. Kali ini, ia ada paparan 6.43”. Disebabkan ia gunakan paparan AMOLED, pengimbas cap jari A93 terletak dalam skrin berbanding di bahagian sisi pada generasi sebelumnya.

Atas papan utama, A93 diperkasa Medatek Helio P95. Sebagai perbandingan, generasi sebelumnya menggunakan Snapdragon 665 dan generasi sebelum itu gunakan Helio P70. Satu lagi perkara menarik, generasi sebelum 91 pula, A9 (2020). menggunakan Snapdragon 665 juga. Nampak macam bersilih ganti antara Mediatek dengan Snapdragon.

Bersama-sama SoC tersebut, anda beroleh RAM 8GB dan storan seluas 128GB. Kalau tak cukup, ada slot khas untuk anda masukk kad.

Di bahagian pengimejan, nampaknya Oppo konsisten dengan konfigurasi kuadkamera belakang sejak 3 iterasi terdahulu. A93 hadir dengan kombinasi seperti berikut:

  • 48MP F.17
  • 8MP F2.2 (ultralebar)
  • 2MP F2.4 (bokeh)
  • 2MP F2.4 (potret)

Kamera swafoto ada satu kamera ekstra. Ia ada dwikamera depan 16MP + 2MP. Namun, kamera kedua 2MP macam tak berguna sebab hanya diguna untuk bokeh.

Oppo bekalkan A93 dengan tangka bateri sebesar 4,000mAh tapi sistem pengecasannya bukanlah VOOC 3.0 sebaliknya 18W sahaja.

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: oppoOppo A93
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Oppo A93: Maklumat penjualannya di Malaysia

Oppo A93: Maklumat penjualannya di Malaysia

6 October 2020
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER