• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AirAsia

Aplikasi super Airasia.com dilancar bersama tawaran diskaun hingga 90%

  • OLEH Najib
  • 12:40 pm
  • 08/10/2020
  • Komen
Aplikasi super Airasia.com dilancar bersama tawaran diskaun hingga 90%
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas penjenamaan semula Airasia Digital, hari ini AirAsia memperkenalkan pula rupa baru platform App Super Asean mereka, Airasia.com. Pengenalan ini melengkapkan usaha transformasi AirAsia dari sebuah syarikat penerbangan digital, kepada platform gaya hidup yang komprehensif untuk semua.

Aplikasi super Airasia.com akan menawarkan lebih daripada 15 jenis produk dan perkhidmatan di bawah tiga kategori utama: perjalanan, e-dagang dan teknologi kewangan. Integrasi semua-dalam-satu ini akan dapat memberikan pengalaman pengguna yang lebih mudah, pantas dan lancar.



Untuk meraikan ketibaan aplikasi super ini, mereka melancarkan jualan Airasia.com Super Sale yang pertama, menggantikan jualan Tempat Duduk Percuma AirAsia yang popular sebelum ini. Jualan ini akan berlangsung dari 12 hingga 18 Oktober 2020, menyediakan diskaun hingga 90% dalam pelbagai kategori produk di aplikasi super Airasia.com dan laman Airasia.com.

Pengguna boleh menikmati diskaun hingga 90% untuk pakej SNAP (penerbangan dan hotel) daripada RM88 seorang, serta diskaun hingga 90% untuk membeli-belah di kedai Airasia Shop. Untuk makanan, mereka menyediakan diskaun hingga 50% di Airasia Food (sebelum ini dikenali sebagai Ourfood) dan Airasia Fresh (sebelum ini dikenali sebagai Ourshop).



Tidak ketinggalan juga untuk penerbangan, diskaun hingga 50% untuk semua penerbangan domestik di Malaysia dan 10% untuk syarikat penerbangan lain ke lebih 3,000 destinasi di seluruh dunia. Terdapat juga diskaun hingga 30% untuk pelbagai aktiviti, diskaun hingga 20% untuk hotel, diskaun 20% untuk Promosi Tanpa Had dan banyak lagi.

Istimewa untuk pelanggan Muslim, nikmati diskaun 10% untuk perkhidmatan Aqiqah Antarabangsa dan Aqiqah di Mekah menerusi IKHLAS.

Lebih menarik lagi, pengguna juga boleh mengumpul mata ganjaran BIG Poin sebanyak 2x ganda dalam tempoh jualan ini, serta membayar menggunakan BIG Poin untuk pembelian yang dibuat di Airasia.com. Pengguna BigPay pula boleh membuat pembayaran dengan lancar dengan ciri ‘One-Click’ menggunakan kad BigPay. Pemegang kad Visa pula boleh menikmati lebih penjimatan selaku rakan jualan Airasia.com Super Sale.

Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia berkata, “AirAsia adalah sebuah syarikat untuk semua. Kami telah merevolusikan industri penerbangan sejak 19 tahun yang lalu dan telah merealisasikan impian berjuta-juta orang untuk terbang. Kami berbangga untuk menjadi peneraju dalam menghubungkan rantau Asean, menawarkan nilai, kemudahan dan keterangkuman untuk semua. Kini dengan airasia.com, kami bukan sahaja menawarkan penerbangan, malah penginapan, beli-belah, makanan, dan banyak lagi semuanya dalam satu aplikasi super. Kami tidak mensia-siakan krisis ini, sebaliknya mencari peluang untuk menaik taraf platform kami, pengalaman pengguna, dan kemudahan pembayaran dengan satu klik sahaja. Pengembangan perniagaan digital juga membolehkan kami menawarkan pelbagai produk di airasia.com daripada penerbangan hingga gaya hidup. Seperti AirAsia, airasia.com akan menjadi sebuah jenama aplikasi super Asean terbaik untuk melengkapi perjalanan anda. Saya tidak sabar untuk melihat semua orang menggunakan airasia.com dan menikmati tawaran sepenuhnya apabila kita boleh kembali melakukan perjalanan.”

Karen Chan, Ketua Pegawai Eksekutif airasia.com berkata: “Pelancaran aplikasi super airasia.com adalah bukti budaya inovasi berterusan airasia dan dorongan kami untuk memberikan nilai terbaik kepada para pelanggan. Dalam era baharu pasca-COVID-19 ini, kami memahami keperluan fleksibiliti perjalanan, justeru kami melancarkan Pas Tanpa Had AirAsia yang inovatif dengan menawarkan pas penerbangan yang boleh ditebus kemudian dan ia telah menjadi ikutan pemain industri lain. Kami turut memahami keinginan para pelanggan untuk melancong dan telah melancarkan SNAP, pakej penerbangan dan hotel dengan harga terbaik. Selain itu, para pelanggan juga ingin berbelanja dengan selesa dari rumah, oleh itu kami menawarkan penghantaran ke rumah untuk produk makanan dan barangan bebas cukai.

“airasia.com bukan sahaja menghubungkan para pelanggan ke destinasi mereka, malah menghubungkan mereka dengan komuniti pelancongan, pencinta makanan dan memupuk perdagangan berasaskan sosial. Aplikasi super kami kini menawarkan pengalaman pengguna yang lebih lancar yang membolehkan mereka membayar dengan BIG Poin untuk pelbagai produk dan membuat pembayaran dengan hanya satu klik.”

Sumber: AirAsia

Tags: AirAsiaAirasia Super AppAirasia.com
Najib

Najib

POPULAR

Aplikasi super Airasia.com dilancar bersama tawaran diskaun hingga 90%

Aplikasi super Airasia.com dilancar bersama tawaran diskaun hingga 90%

8 October 2020
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER