• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xiaomi batal beri Mi TV 55-inci percuma di Jelajah Siri Mi 10T

  • OLEH Najib
  • 10:35 am
  • 08/10/2020
  • Komen
Xiaomi batal beri Mi TV 55-inci percuma di Jelajah Siri Mi 10T
Share on FacebookShare on Twitter

Telefon pintar Mi 10T dan Mi 10T Pro baru sahaja dilancarkan di Malaysia pada 6 Oktober 2020. Ia akan mula dijual di Malaysia pada 9 Oktober ini dan Xiaomi menawarkan 450 unit Mi TV 4S 55-inci percuma, untuk pembeli terawal Mi 10T Pro di jelajah yang akan diadakan di 4 lokasi di seluruh Malaysia.

Tetapi, hari ini Xiaomi Malaysia mengumumkan mereka tidak lagi akan memberikan Mi TV percuma untuk pembeli terawal di jelajah tersebut. Perkara ini diputuskan untuk mengelakkan dari orang ramai berkumpul dan bersesak di satu tempat, memandangkan kes COVID-19 kembali meningkat di Malaysia.



Bagaimanapun, tawaran Mi TV percuma ini masih boleh didapati menerusi pembelian dalam talian. Xiaomi kini menawarkan 500 unit Mi TV 4S 55-inci percuma, untuk pembeli terawal Mi 10T Pro di Lazada. Selepas itu, 650 pembeli kemudian akan menerima fon kepala Mi True Wireless Earphones 2 Basic percuma. Jualan akan bermula pada 9 Oktober 2020, pukul 12 tengah malam.

Di samping itu, Xiaomi juga menyediakan 7 unit Mi TV 4S 55-inci untuk diberikan, kepada 7 ulasan pembelian terbaik di Lazada. Jika anda membeli Mi 10T di Lazada nanti, jangan lupa meninggalkan ulasan paling kreatif.



Walaupun membatalkan pemberian Mi TV percuma, jelajah Siri Mi 10T di Sunway Pyramid masih akan diteruskan. Ia untuk memberi peluang kepada pengunjung menguji dan mencuba sendiri, produk Xiaomi yang baru dilancarkan. Jelajah ini akan diadakan di Blue Concourse Sunway Pyramid, pada 9-11 Oktober 2020.

Mi 10T dan Mi 10T Pro yang baru dilancarkan di Malaysia, memiliki kuasa Snapdragon 865 5G, RAM LPDDR5 8GB dan storan UFS 3.1 sehingga 256GB. Skrinnya berukuran 6.67-inci dari jenis LCD, dengan kadar penyegaran tinggi 144Hz, serta speaker stereo.

Mi 10T memiliki kamera utama 64MP manakala versi Pro, kamera utamanya 108MP. Kedua-dua telefon ini dipasang bateri 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 33W.

Mi 10T dijual di Malaysia pada harga RM1,699 dengan storan 128GB manakala Mi 10T Pro pula, berharga RM1,999 dengan storan 256GB.

Keluarga Mi 10T tiba di Malaysia dengan harga luar biasa dan hadiah Mi TV 55″
Keluarga Mi 10T dilancarkan pada harga jauh lebih mahal dari Mi 9T
Tags: xiaomiXiaomi Mi 10TXiaomi Mi 10T Pro
Najib

Najib

POPULAR

Tune Talk Kini Lebih Dari Telco: Data, Drama & Game Semua Dalam Satu App

Tune Talk Kini Lebih Dari Telco: Data, Drama & Game Semua Dalam Satu App

5 July 2025
Xiaomi batal beri Mi TV 55-inci percuma di Jelajah Siri Mi 10T

Xiaomi batal beri Mi TV 55-inci percuma di Jelajah Siri Mi 10T

8 October 2020
Jangan Kena Scam: Ini cara tebus bantuan SARA RM100 dengan MyKad anda

Jangan Kena Scam: Ini cara tebus bantuan SARA RM100 dengan MyKad anda

27 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER