• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pemacu kilat USB-C Kingston DataTraveler 80 lebih pantas dan boleh digunakan di telefon pintar

  • OLEH Najib
  • 4:14 pm
  • 09/10/2020
  • Komen
Pemacu kilat USB-C Kingston DataTraveler 80 lebih pantas dan boleh digunakan di telefon pintar
Share on FacebookShare on Twitter

Kingston adalah satu jenama storan mudah alih yang dikenali ramai. Baru-baru ini, mereka melancarkan dua pemacu kilat USB-C baru, DataTraveler 80 berprestasi tinggi dan DataTraveler 70 yang lebih mampu dimiliki.

Dengan pemacu kilat USB-C, pengguna peranti seperti telefon pintar Android, tablet dan komputer boleh menambah storan mereka. Selain itu, ia boleh digunakan untuk memindah fail dari satu peranti ke peranti lain dengan cepat dan mudah.



DataTraveler 80

DataTraveler 80 adalah pemacu kilat USB-C dengan kelajuan penghantaran lebih pantas dari biasa. Ia mempunyai kelajuan membaca sehingga 200Mb/s dan menulis sehingga 60Mb/s. Fizikalnya juga kecil dan kompak di dalam badan yang tahan lasak, serta lubang untuk memasukkan rantai kunci agar mudah dibawa dan disimpan.

DataTraveler 70

DataTraveler 70 pula menyediakan pemacu kilat USB-C dengan harga lebih mampu dimiliki. Ia menggunakan sambungan USB 3.2 Gen 1, dengan kelajuan sehingga 10x lebih pantas dari USB 2.0, serta kapasiti storan dari 32GB hingga 128GB.



Harga

Kedua-dua pemacu kilat baru Kingston ini datang dengan jaminan selama 5 tahun. Ia telah dijual di Malaysia dan boleh didapati dari pengedar sah Kingston serta di Lazada dan Shopee.

Kapasiti storan dan harga jualannya di Malaysia adalah seperti berikut:

  • DataTraveler 70 32GB – RM 24
  • DataTraveler 70 64GB – RM 42
  • DataTraveler 70 128GB – RM 81
  • DataTraveler 80 32GB – RM 53
  • DataTraveler 80 64GB – RM 76
  • DataTraveler 80 128GB – RM 130
  • DataTraveler 80 256GB – RM 209

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Kingston DataTraveler 80 dan Kingston DataTraveler 70.

Tags: KingstonKingston DataTraveler 70Kingston DataTraveler 80
Najib

Najib

POPULAR

Pemacu kilat USB-C Kingston DataTraveler 80 lebih pantas dan boleh digunakan di telefon pintar

Pemacu kilat USB-C Kingston DataTraveler 80 lebih pantas dan boleh digunakan di telefon pintar

9 October 2020
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

18 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN