• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Maybank lancar aplikasi baharu MAE bersama kad debit

  • OLEH Najib
  • 12:47 pm
  • 09/10/2020
  • Komen
Maybank lancar aplikasi baharu MAE bersama kad debit
Share on FacebookShare on Twitter

Maybank telah memperkenalkan perkhidmatan MAE by Maybank2u awal tahun ini, sebagai salah satu platform dompet elektronik atau eWallet di Malaysia. Kini mereka telah memperbaharui perkhidmatan tersebut dengan aplikasi baharu, bersama kad debit fizikal.

MAE by Maybank2u dilengkapi ekosistem unik untuk membantu rakyat Malaysia menguruskan hal kewangan harian, melebihi keperluan perbankan biasa mereka. Ia menggabungkan perbankan mudah alih, pembayaran QR dan dompet digital, dengan menambah ciri-ciri baharu untuk membantu pelanggan menguruskan kewangan mereka dengan lebih baik. Semuanya di dalam satu aplikasi.



Aplikasi MAE by Maybank2u dihasilkan juga sebagai sebahagian daripada usaha Maybank untuk membantu pelanggan menguruskan kewangan mereka dengan bertanggungjawab dan lebih komprehensif. Antaranya menerusi ciri “Expenses“, yang memberikan pandangan menyeluruh mengenai semua perbelanjaan melalui akaun, kad, dan transaksi QR Maybank.

Perbelanjaan ini disusun mengikut kategori yang mudah difahami seperti Makanan, Utiliti dan Membeli-belah untuk memberi pelanggan gambaran lebih mendalam tentang perbelanjaan wang mereka. Bahkan transaksi tunai yang biasanya tidak direkod oleh aplikasi ini boleh ditambah dengan beberapa langkah mudah.



Bagi menyemai semangat menyimpan wang, ciri “Tabung” boleh digunakan. Pengguna bole menyimpan duit secara konsisten dan berkala, untuk mencapai matlamat mereka. Terdapat dua jenis Tabung yang boleh dibuka iaitu Individu dan Kumpulan. Maybank adalah yang pertama memperkenalkan ciri Tabung berkumpulan di mana ia membolehkan pengguna menyimpan wang bersama rakan atau keluarga.

Untuk membantu pelanggan mempercepatkan proses menabung, Maybank juga memperkenalkan ciri baharu iaitu Boosters. Pada masa ini, terdapat 3 jenis Booster:

  1. Spare Change – membundarkan perbelanjaan dan memindahkan baki ke dalam Tabung.
  2. Scan & Save – mengkreditkan simpanan yang diperoleh daripada promosi transaksi QRPay ke dalam Tabung.
  3. Guilty Pleasure – membolehkan pelanggan menetapkan had perbelanjaan harian dalam kategori yang dipilih dan jika perbelanjaan melebihi had tersebut, jumlah berlebihan akan dikreditkan ke dalam Tabung.

Sebagai pelengkap pengalaman menggunakan MAE, Maybank turut memperkenalkan kad Debit MAE Visa baharu. Antara faedahnya ialah kadar pertukaran asing yang kompetitif dan faedah eksklusif untuk dinikmati di dalam dan luar negara. Pengguna MAE boleh memohon kad debit ini melalui aplikasi MAE dan ia akan dihantar terus selepas diluluskan.

Satu ciri MAE yang boleh menyelesaikan masalah terbesar penduduk Malaysia ialah Roda Makan Mana. Ia membantu mengesyor pilihan tempat makan sambil membolehkan pelanggan Maybank menikmati promosi daripada ribuan peniaga rakannya di seluruh negara.

Aplikasi MAE by Maybank2u boleh dimuat turun menerusi Google Play Store dan Apple AppStore. Pelanggan Maybank hanya perlu mendaftar masuk menggunakan kata laluan Maybank2u dan terus dapat menggunakannya. Data dari semua akaun Maybank mereka akan dimuat secara automatik ke aplikasi MAE by Maybank2u.

Untuk pelanggan bukan Maybank, mereka boleh membuka dompet MAE dengan mudah secara terus dari aplikasi, tanpa perlu mengunjungi cawangan untuk menikmati aplikasi MAE by Maybank. Setelah permohonan diluluskan, mereka boleh terus menggunakan aplikasi dan kesemua ciri perbankan dan kewangannya.

Maklumat lebih lanjut mengenai aplikasi ini boleh didapati di laman web MAE by Maybank2u.

Dengan adanya kad debit fizikal, ramai yang membandingkan MAE dengan BigPay, perkhidmatan perbankan digital oleh AirAsia. Sedikit sebanyak, MAE menawarkan banyak perkara yang terdapat di BigPay.

Tags: MAEMaybank
Najib

Najib

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
Maybank lancar aplikasi baharu MAE bersama kad debit

Maybank lancar aplikasi baharu MAE bersama kad debit

9 October 2020
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
RedMagic 11 Air rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite & bateri 7,000mAh, dari RM2,499

RedMagic 11 Air rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite & bateri 7,000mAh, dari RM2,499

30 January 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER