• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max: Berbeza saiz skrin dan saiz kamera

  • OLEH Najib
  • 7:36 am
  • 14/10/2020
  • Komen
iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max: Berbeza saiz skrin dan saiz kamera
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas membentangkan tentang iPhone 12 dan iPhone 12 mini, majlis pelancaran Apple diteruskan pula ke versi Pro. Di sini, Apple mengekalkan nama yang serupa untuk dua model Pro iaitu iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max.

Tetapi perbezaan kedua-dua model ini tidak hanya pada saiz skrin, malah di bahagian kamera. Ada sedikit berbeza.



Banyak pembaharuan di iPhone 12 juga terdapat di iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max. Antaranya ialah penggunan pemproses baru Apple A14 Bionic, sokongan rangkaian 5G dan pelindung skrin seramik di hadapan.

Saiz skrin kali ini lebih besar dari model tahun lepas, tetapi berjaya mengekalkan saiz badan yang sama. Ini kerana Apple mengurangkan bingkai di tepi untuk membesarkan lagi skrin. Skrin iPhone 12 Pro berukuran 6.1-inci manakala iPhone 12 Pro Max 6.7-inci. Ini adalah skrin paling besar dalam sejarah iPhone.



  • iPhone 12 Pro
  • iPhone 12 Pro Max

Skrin ini masih menggunakan paparan OLED Super Retina XDR, tetapi kadar penyegaran tidak dinyatakan. Dijangka masih kekal 60hz. Badan telefon ini juga kini diratakan di sisinya, sama seperti iPhone 12. Tahap kekalisan air dan debu juga masih kekal IP68.

Sistem pengecasan magnetik baru Magsafe, turut terdapat di iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max. Ia juga masih menyokong pengecasan berwayar melalui port Lightning dan pengecasan wayarles Qi.

Persamaan kesemua model dalam keluarga iPhone 12 ini, adalah ketiadaan kepala pengecas dan fon telinga di dalam kotak. Apple hanya memberikan telefon dan kabel USB-C ke Lightning sahaja.

Apple kini memasang tiga kamera bersama satu sensor baru, di belakang siri Pro. Ia gabungan kamera utama 12MP, kamera ultra lebar 12MP, kamera telefoto 12MP dan sensor LiDAR. Sensor LiDAR digunakan untuk mengesan jarak dengan tepat dan cepat, banyak digunakan di dalam aplikasi AR.

Tetapi spesifikasi kamera ini sedikit berbeza. Sementara bukaan apertur di kamera utama sama F1.6, kamera ultra lebar juga sama F2.4, tetapi kamera telefoto berbeza. Di iPhone 12 Pro, aperturnya F2.0 dan jarak fokal 52mm, menjadikan zum optikal 2x dan zum digital 10x. Tetapi di Pro Max, aperturnya F2.2 dan jarak fokal 65mm untuk memberi zum optikal 2.5x dan zum digital 12x.

Perbezaan ini disambung apabila iPhone 12 Pro, menggunakan penstabil imej optikal (OIS) di kamera utama dan telefoto. Tetapi iPhone 12 Pro Max dilengkapi penstabil imej optikal “sensor-shift”, dikatakan memberi kestabilan yang lebih baik.

Selain Deep Fusion dan Night Mode Time Lapse, pengguna iPhone 12 Pro dan Pro Max akan menerima keupayaan Apple ProRAW. Ia membenarkan pengguna mengambil gambar dalam format RAW, memberikan ruang lebih luas untuk mengubahsuai gambar. Rakaman video Dolby Vision HDR turut disokong oleh iPhone 12 dan iPhone 12 Pro, sehingga resolusi 4K 60fps.

iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max akan ditawarkan dalam 4 pilihan warna iaitu perak, kelabu, emas dan biru. Kapasiti storan pula di antara 128, 256GB dan paling besar 512GB.

Jualan iPhone 12 Pro akan bermula dari 23 Oktober di Australia, China, Jerman, Jepun, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Manakala iPhone 12 Pro Max, akan mula dijual pada 13 November di negara yang sama.

iPhone 12 Pro dijual dari harga USD 999 manakala iPhone 12 Pro Max pula berharga dari USD 1,099.

Tags: appleApple iPhone 12 ProApple iPhone 12 Pro Max
Najib

Najib

POPULAR

iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max: Berbeza saiz skrin dan saiz kamera

iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max: Berbeza saiz skrin dan saiz kamera

14 October 2020
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER