• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Laptop Huawei Matebook 14 berkuasa AMD Ryzen 4000 akan datang ke Malaysia

  • OLEH Najib
  • 6:02 pm
  • 14/10/2020
  • Komen
Laptop Huawei Matebook 14 berkuasa AMD Ryzen 4000 akan datang ke Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei semakin agresif memasarkan laptop keluaran mereka dan tidak lama lagi, mereka akan melancarkan satu lagi laptop baru di Malaysia. Huawei MateBook 14 akan menyertai barisan laptop Huawei sedia ada, seperti MateBook X Pro, MateBook 13, MateBook D14 dan MateBook D15..

MateBook 14 hadir dengan kuasa pemproses baru, AMD Ryzen 4000H 7nm. Huawei akan menawarkan dua pilihan pemproses, antara Ryzen 5 4600H dan AMD Ryzen 7 4800H yang lebih berkuasa.



Laptop berkuasa tinggi Huawei ini memiliki badan yang ringan dan nipis. Beratnya hanya 1.49kg manakala badannya memiliki ketebalan 15.9mm sahaja. Warna badannya pula hanya terdapat dalam warna kelabu, sama seperti laptop Huawei yang lain.

Spesifikasi lengkap Huawei MateBook 14 boleh dilihat dari Stor Online Huawei Malaysia di mana mereka telah menyenaraikan laptop ini, tanpa tanda harga. Selain cip AMD Ryzen 4000, Huawei akan memasang RAM DDR4 16GB serta storan PCI-e SSD seluas 512GB di dalamnya.



Skrin MateBook 14 memiliki keluasan 14-inci, dengan resolusi 2K 2160×1440 dari jenis LCD. Papan kekuncinya berlampu dengan kamera web tesembunyi di barisan teratas kekunci. Butang kuasa pula digabungkan dengan pengimbas capjari untuk fungsi keselamatan biometrik.

Untuk sambungan berwayar, ia memiliki 2 port USB-A, 1 port USB-C, 1 port HDMI dan 1 jek audio 3.5mm. Ia mengecas melalui USB-C dan menyokong pengecasan pantas 65W. Menurut Huawei, anda boleh menggunakan laptop ini sehingga 2.5 jam dengan mengecas pantas selama seminit. Huawei membekalkan sistem operasi Windows 10 Home Edition untuk menggerakkan MateBook 14.

Buat masa ini, Huawei masih belum memberitahu harga jualan laptop MateBook 14. Untuk perbandingan, Huawei MateBook 13 R5 dengan pemproses Ryzen 5 3500U, dijual di Malaysia pada harga RM3,499. Dengan kuasa pemproses baru, harga MateBook 14 pasti lebih mahal tetapi dijangka di bawah RM4,000. Ia mungkin tidak jauh dari laptop Honor MagicBook Pro, yang memiliki spesifikasi hampir serupa.

Tags: HuaweiHuawei MateBook 14
Najib

Najib

POPULAR

Laptop Huawei Matebook 14 berkuasa AMD Ryzen 4000 akan datang ke Malaysia

Laptop Huawei Matebook 14 berkuasa AMD Ryzen 4000 akan datang ke Malaysia

14 October 2020
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER