• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Laptop Honor MagicBook 14 kini RM200 lebih murah

  • OLEH Najib
  • 6:05 pm
  • 19/10/2020
  • Komen
Laptop Honor MagicBook 14 kini RM200 lebih murah
Share on FacebookShare on Twitter

Honor Malaysia hari ini mengumumkan penurunan harga untuk laptop yang baru mereka lancarkan pada bulan Julai lepas. Honor MagicBook 14 dengan storan 256GB, kini diturunkan harga kekal sebanyak RM200.

Orang ramai kini boleh membeli Honor MagicBook 14 yang dilengkapi RAM 8GB dan storan dalaman 256GB, pada harga RM2,299 sahaja. Ia RM200 lebih murah dari harga pelancarannya. Laptop ini boleh dibeli di Stor Online HiHonor, Lazada dan Shopee.



Laptop Honor MagicBook 14 ini dikuasakan cip AMD Ryzen 5 3500U, bersama pemproses grafik AMD Radeon Vega 8. RAM DDR4 di dalamnya sebanyak 8GB dan storannya dari jenis SSD PCIe NVMe sebesar 256GB.

Skrin laptop ini berukuran 14-inci, dengan resolusi HD Penuh 1920×1080. Saiz bingkainya yang lebih nipis, menjadikan ruang skrin lebih luas dengan nisbah skrin-ke-badan sebanyak 84%.



Tenaga baterinya boleh memberikan hayat penggunaan sehingga 10 jam tanpa henti dan ia dicas melalui USB-C dengan kuasa mengecas 65W. Pegecasan selama 30 minit boleh memenuhkan hampir separuh kapasiti bateri. Sambungan yang terdapat padanya ialah 2 port USB-A, HDMI, jek audio 3.5mm dan USB-C yang turut digunakan untuk mengecas.

Satu fungsi unik yang terdapat di laptop ini adalah Magic-Link 2.0, yang membenarkannya berhubung dengan telefon Honor yang serasi, untuk menghantar dan menerima fail dengan pantas. Ia juga boleh berkongsi skrin serta mengalihkan fail dengan mudah menggunakan tetikus dan papan kekunci.

Laptop Honor MagicBook 14 dengan RAM 16GB dan storan 512GB masih dijual pada harga RM2,999. Jika anda mahu laptop lebih berkuasa, Honor baru sahaja melancarkan Honor MagicBook Pro. Ia dikuasakan pemproses AMD Ryzen 5 4600H, bersama RAM DDR4 16GB, storan SSD NVMe 512GB dan dijual di Malaysia pada harga RM3,599.

Tags: honorhonor magicbook 14
Najib

Najib

POPULAR

Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

22 October 2025
Laptop Honor MagicBook 14 kini RM200 lebih murah

Laptop Honor MagicBook 14 kini RM200 lebih murah

19 October 2020
Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

17 October 2025
Proton e.MAS 5: EV paling mampu milik Malaysia dilancar, dari RM56,800

Proton e.MAS 5: Kos servis 10 tahun tak sampai RM2,500, ini butirannya

1 November 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

11 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER