Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Telefon gaming Lenovo Legion Phone Duel mesra strim, dilancar di Malaysia

Lenovo telah melancarkan sebuah telefon pintar gaming yang unik, Legion Phone Duel pada bulan Julai lepas. Kini, mereka mengumumkan bahawa telefon ini akan dijual di Malaysia bermula hujung bulan Oktober ini.

Peminat gaming di Malaysia boleh mula mendapatkan telefon pintar Lenovo Legion Phone Duel dari 26 Oktober 2020, menerusi Stor Lenovo Malaysia dan pengedar sah Lenovo. Lenovo turut menyediakan hadiah percuma bernilai RM329 untuk pembeli terawal, termasuk fon kepala Legion H500 Pro 7.1.

Terdapat dua warna pilihan untuk telefon ini iaitu merah dan biru. Harga jualannya seperti berikut:

  • Lenovo Legion Phone Duel (RAM 12GB + Storan 256GB) – RM 3,399
  • Lenovo Legion Phone Duel (RAM 16GB + Storan 512GB) – RM 3,999

Spesifikasi

Telefon ini dilengkapi perkakas berprestasi tinggi seperti pemproses Snapdragon 865+ 5G, RAM LPDDR5 sehingga 16GB dan storan dalaman UFS 3.1 sehingga 512GB. Ia turut dilengkapi skrin AMOLED 144Hz, berukuran 6.59-inci.

Nama “Duel” diberikan kerana banyak perkara tentang dua padanya. Antaranya ia ada dua speaker stereo yang menghadap ke muka, teknologi dwi-bateri dan dwi-pengecasan pantas sehingga 90W, dua butang bahu ultrasonik serta dwi-enjin haptik getaran.

Bateri di dalamnya ada dua, berkapasiti 2,500mAh setiap satu menjadikan jumlahnya 5,000mAh. Ia memiliki dua port pengecas USB-C, satu di bawah dan satu di kiri telefon, sama seperti ASUS ROG Phone 3. Pengecas 65W diberikan di dalam kotak tetapi jika menggunakan pengecas kedua, ia boleh mengecas sehingga 90W menerusi kedua-dua port.

Selain itu, ia juga ada dwi-kamera belakang terletak di tengah telefon, gabungan kamera utama 64MP F1.89 dan kamera ultralebar 16MP F2.2. Ia terletak di tengah agar tidak terhalang sewaktu pengguna memegang telefon secara mendatar.

BACA  Semua iPhone 12 ada kamera 12MP tapi kamera pada varian Pro Max ini, lain macam uniknya

Lebih menarik lagi adalah keunikan kamera hadapannya. Ia menggunakan modul pop-up di sisi kanan telefon, menjadikan ia boleh digunakan sewaktu pengguna bermain game seperti memberi komen secara langsung semasa strim. Ini adalah fungsi baharu yang sangat menarik untuk pemain game di telefon pintar.

Antara fungsi menarik yang direka khas untuk telefon gaming ini adalah perisian Legion Realm. Ia adalah pusat sehenti di mana pengguna boleh membuat tetapan khas untuk game seperti memberi keutamaan rangkaian kepada game. Selain itu, selepas tamat bermain game, ia juga menyediakan klip video ringkas yang boleh digunakan untuk dikongsi bersama rakan yang lain.

Sebagai tambahan untuk membuktikan ia adalah telefon gaming, Lenovo turut memasang lampu RGB berbentuk “Y” di belakang, untuk memberitahu kemasukan notis terbaru. Pengguna juga boleh bermain di skrin lebih besar menggunakan dok khas menyambungkan USB-C di telefon kepada monitor, papan kekunci dan tetikus.

Untuk maklumat lanjut mengenai telefon gaming yang hebat ini, layari laman produk Lenovo Legion Phone Duel.