• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tawaran istimewa pelan Digi dan telefon pintar khas buat barisan hadapan & perkhidmatan penting

  • OLEH Najib
  • 5:28 pm
  • 21/10/2020
  • Komen
Tawaran istimewa pelan Digi dan telefon pintar khas buat barisan hadapan & perkhidmatan penting
Share on FacebookShare on Twitter

Sebagai tanda sokongan buat petugas barisan hadapan dan perkhidmatan penting di Malaysia, Digi telah memperkenalkan pelan pascabayar Digi Postpaid Smart Bundle edisi khas. Tawaran ini dibuka dalam masa terhad, sehingga 30 November 2020 atau selagi stok masih ada.

Pelan Digi Postpaid Smart Bundle edisi khas ini dibuka untuk pekerja kerajaan atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan pekerja syarikat yang menyediakan perkhidmatan penting termasuk petugas barisan hadapan, penjawat awam, pekerja bank serta mereka yang berkhidmat dalam perkhidmatan logistik dan penghantaran. Pelan ini sangat memudahkan kerana ia tidak memerlukan pendaftaran dari syarikat, sebaliknya pekerja boleh mendaftar sendiri untuk menikmati tawaran dan penjimatan pelan ini.



Dari laman web Digi, antara syarikat yang disenaraikan layak memohon adalah seperti 7-Eleven, 99 Speedmart, Aeon, Grab, MyEG, Proton, Perodua, Shopee, Tesco, J&T Express dan banyak lagi. Senarai penuh boleh disemak di sini.

Pelan yang ditawarkan adalah pelan Digi Postpaid 58 di mana ia datang bersama panggilan tanpa had dan 15GB data. Pelan ini turut memberikan 500MB data bonus harian percuma, dan lebih banyak data bonus jika kekal setia lebih lama. Setiap 6 bulan, Digi akan menambah 5GB data bulanan dan ia boleh terkumpul sehingga 20GB data selepas 2 tahun.



Tambah menarik dalam tawaran ini ialah tawaran telefon pintar. Digi menawarkan telefon pintar dari serendah RM68 bersama kontrak pelan Digi Postpaid 58. Antara model telefon pintar yang ditawarkan ialah Vivo Y11 D (RM68), Oppo A12 (RM68), Realme 5i (RM199), Vivo Y15S (RM299) dan Oppo A31 (RM299). Kontrak yang dikenakan lebih singkat, hanya 12 bulan sahaja, di samping tiada bayaran pendahuluan diperlukan dan diskaun bulanan RM10/bulan untuk pelan selama 12 bulan.

Bagi yang layak dan berminat, pelan edisi khas ini boleh dilanggan sendiri secara mudah, dengan melawat mana-mana daripada 200 Digi Stores atau Digi Store Express di seluruh negara. Hanya bawa bukti pengenalan pekerjaan yang sah serta dokumen pengenalan peribadi.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Digi Cares Corporate Heroes.

Tags: digi
Najib

Najib

POPULAR

Tawaran istimewa pelan Digi dan telefon pintar khas buat barisan hadapan & perkhidmatan penting

Tawaran istimewa pelan Digi dan telefon pintar khas buat barisan hadapan & perkhidmatan penting

21 October 2020
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Nanti dulu! Ini sebab utama anda tak perlu tukar MyKad baharu buat masa ini

Nanti dulu! Ini sebab utama anda tak perlu tukar MyKad baharu buat masa ini

21 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN