• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Vivo V20 & V20 Pro diperkasa kamera autofokus penjejak mata

  • OLEH Najib
  • 12:44 pm
  • 21/10/2020
  • Komen
Vivo V20 & V20 Pro diperkasa kamera autofokus penjejak mata
Share on FacebookShare on Twitter

Vivo Malaysia telah merasmikan pelancaran telefon pintar Vivo V20 dan V20 Pro di Malaysia, menerusi siaran langsung dalam talian di Facebook dan YouTube. Telefon pintar ini menampilkan satu teknologi swafoto inovatif dari Vivo, Eye Autofocus atau autofokus mata.

Telefon pintar terbaru Vivo ini akan mula dijual di Malaysia pada 24 Oktober 2020. Tetapi tempahan awal telah dibuka dari 20-23 Oktober 2020 di Stor Rasmi Vivo di Lazada dan Shopee. Pembeli di tempahan awal akan menerima hadiah percuma, bernilai sehingga RM788.



Harga jualan serta spesifikasi Vivo V20 dan V20 Pro di Malaysia adalah seperti berikut:

  • Vivo V20 (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM 1,499
  • Vivo V20 Pro (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM 1,899

Tempahan awal dari 20-23 Oktober di Lazada dan Shopee akan menerima hadiah percuma berupa jaminan tambahan tahun kedua, jaminan perlindungan skrin selama setahun, beg galas kulit serta unit terhad fon kepala Vivo TWS Neo Earbuds atau pembersih udara.



Vivo V20 disediakan dalam warna Sunset Melody dan Midnight Jazz. Manakala Vivo V20 Pro pula terdapat dalam warna Moonlight Sonata dan Midnight Jazz.

Vivo V20

Prestasi telefon ini digerakkan oleh cip Snapdragon 720G, bersama RAM 8GB dan storan 128GB. Ia menggunakan sistem operasi FunTouch OS 11, berasaskan Android 11. Ini menjadikannya telefon pintar pertama di Malaysia, datang siap dengan Android 11.

Skrinnya dari jenis AMOLED HD Penuh, berukuran 6.44-inci, bertakuk kecil di dahi. Bateri pula berkapasiti 4,000mAh dan menyokong pengecasan pantas FlashCharge 33W, melalui USB-C.

Di belakang, ia ada tiga kamera menggabungkan kamera utama 64MP F1.8, kamera ultra lebar 8MP F2.2 dan kamera mono 2MP F2.4. Kamera hadapan pula 44MP F2.0, terletak di dalam takuk di atas skrin. Kamera hadapan ini memiliki autofokus dan mampu mengesan mata, memastikan muka pengguna sentiasa tajam dan jelas.

Vivo V20 Pro

Telefon ini dilengkapi pemproses yang menyokong rangkaian 5G, Snapdragon 765G bersama RAM 8GB dan storan dalaman 128GB. Ia juga datang dengan sistem operasi Funtouch OS 11, berasaskan Android 11 dan boleh digelar, telefon 5G pertama di Malaysia datang siap dengan Android 11.

Skrinnya sama seperti V20, dari jenis AMOLED HD Penuh, berukuran 6.44-inci, bertakuk kecil di dahi. Bateri pula berkapasiti 4,000mAh dan menyokong pengecasan pantas FlashCharge 33W, melalui USB-C.

Kamera belakang di V20 Pro juga sama, gabungan kamera utama 64MP F1.8, kamera ultra lebar 8MP F2.2 dan kamera mono 2MP F2.4. Tetapi kamera hadapannya ada dua, iaitu kamera utama 44MP F2.0 dan kamera ultra lebar 8MP F2.28, di dalam takuk lebar di atas skrin. Ini membolehkan tangkapan swafoto lebih luas.

Tags: vivoVivo V20Vivo V20 Pro
Najib

Najib

POPULAR

Vivo V20 & V20 Pro diperkasa kamera autofokus penjejak mata

Vivo V20 & V20 Pro diperkasa kamera autofokus penjejak mata

21 October 2020
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER