Selain Leica, Huawei juga meneruskan kerjasama mereka dengan satu lagi jenama besar industri rekaan, Porsche Design. Kerjasama ini diterjemahkan menerusi edisi khas Huawei Mate 40 RS.
Telefon pintar ini memiliki rupa yang berbeza dari siri Mate 40, terima kasih kepada sentuhan istimewa Porsche Design padanya. Tetapi ia sebenarnya dibangunkan dengan spesifikasi yang sama dengan Mate 40 Pro+, dengan satu tambahan kecil.
Kuasa telefon ini digerakkan oleh pemproses Kirin 9000, bersama RAM LPDDR5 sebesar 12GB dan storan dalaman UFS 3.1 sebanyak 512GB. Rekaan belakang Mate 40 RS tidak menggunakan bulatan untuk kamera, tetapi berbentuk oktagon, serta garisan seperti kereta lumba.
Skrinnya berukuran 6.76-inci dari jenis OLED 90hz, beresolusi sedikit lebih dari HD Penuh iaitu 2772×1344 piksel. Lubang kamera hadapannya agak besar kerana memuatkan dua kamera. Kamera hadapan ini ialah kamera utama Ultra Vision 13MP F2.4 dan kamera 3D Depth Sensing.
Kamera belakangnya ada lima seperti Mate 40 Pro+, iaitu kamera utama Super Sensing Wide 50MP F1.9, kamera ultra lebar 20MP F1.8 dengan teknologi anti-herotan, serta kamera telefoto 12MP F2.4 dan kamera Superzoom 8MP F4.4. Ia juga ada kamera 3D Depth Sensing di belakang.
Satu penambahan yang dimasukkan Huawei pada telefon ini ialah termometer atau pembaca suhu di belakang. Ia boleh digunakan dengan meluas, terutama sekali memeriksa suhu tubuh badan manusia untuk mengelakkan merebaknya wabak penyakit.
Bateri di dalamnya berkapasiti 4,400mAh dan menyokong pengecasan lebih pantas 66W, bersama pengeacasan wayarles 50W. Telefon ini tiada jek audio 3.5mm tetapi memiliki speaker stereo dan kalis air IP68.
Hanya ada dua warna dihasilkan untuk Mate 40 RS, hitam dan putih. Harga jualannya di Eropah ialah:
- Huawei Mate 40 RS (RAM 12GB + Storan 512GB) – EUR 2,295 (RM11,240)
Huawei Malaysia pernah menjual telefon pintar Huawei Porsche Design sebelum ini. Tetapi untuk Mate 40 RS ini, ia tidak dijamin akan datang ke Malaysia akibat kekurangan cip Kirin 9000.