• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Garmin Instinct eSports, jam pintar khas untuk aktiviti sukan elektronik

  • OLEH Najib
  • 9:25 pm
  • 26/10/2020
  • Komen
Garmin Instinct eSports, jam pintar khas untuk aktiviti sukan elektronik
Share on FacebookShare on Twitter

Mungkin anda tidak dapat memikirkan apakah keperluan jam pintar semasa bersukan elektronik. Tetapi Garmin boleh memberi jawapan kepada anda, apabila mereka hari ini melancarkan jam pintar Garmin Instinct Esports Edition.

Siri Instinct adalah jam pintar dengan rekaan sangat tahan lasak dari Garmin. Sebelum ini, Garming telah menyediakan beberapa model dalam siri Instinct seperti Standard, Tactical, Camo dan Surf. Garmin juga ada memperkenalkan siri Instinct Solar, dengan kebolehan mengecas bateri dari tenaga matahari.



Secara ringkas, jam pintar ini tidak membantu meningkatkan kehebatan bermain game. Tetapi ia direka untuk memantau tahap kesihatan seperti kadar denyutan nadi dan tahap tekanan mental semasa bermain game, serta analisa jangka panjang terhadap tahap kesihatan pengguna.

Perbezaan jam pintar ini adalah sambungannya ke aplikasi STR3AMUP! di komputer. Aplikasi ini membenarkan pengguna Garmin Instinct Esports Edition untuk menyalurkan maklumat kesihatan diri dari jam pintar mereka, kepada penonton semasa menstrim game yang dimainkan. Jadi penonton boleh mengetahui maklumat seperti denyutan nadi pemain, sewaktu berhadapan detik cemas perlawanan.



Edisi khas untuk eSports ini menampilkan rupa yang lebih garang dan agresif dari edisi standard, tetapi mengekalkan spesifikasi yang sama. Antaranya tahan lasak ketenteraan dengan standard MIL-STD 810G, di mana ia kalis air, gegaran, haba, kesejukan dan banyak lagi.

Baterinya juga tahan lama. Garmin menjanjikan tenaga sehingga 80 jam untuk mod eSports dan sehingga 14 hari dalam mod jam pintar. Ia juga memiliki daya tahan tekanan sehingga 10ATM, bersamaan dengan tekanan sedalam 100 meter. Selain itu, ia boleh dibawa berenang, di samping memantau segala pelbagai aktiviti kecergasan yang lain. Antaranya ialah pemantauan tekanan mental, waktu tidur, serta tahap bateri badan yang popular di Garmin.

Jam pintar ini memiliki skrin berukuran 0.9″x0.9″ dengan resolusi 128×128 piksel. Ia menggunakan paparan monokrom “transflective memory-in-pixel” yang sangat jelas dilihat di bawah cahaya matahari. Selain pengesan denyutan nadi, ia juga dilengkapi sensor GPS, barometer, altimeter, kompas, pemecut dan termometer.

Harga jualan Garmin Instinct eSports Edition di Amerika Syarikat adalah USD299 (~RM1,245), dengan hanya satu warna Black Lava.. Ia adalah harga yang sama dengan edisi Standard. Buat masa ini ia masih belum dijual di Malaysia, tetapi kita boleh menjangkakan harga yang sama dengan edisi Standard di Malaysia, iaitu RM1,299. Bagaimanapun, kita perlu tunggu pengumuman rasmi Garmin Malaysia dahulu.

Adakah anda rasakan jam pintar seperti ni sangat diperlukan untuk aktiviti eSports? Ia mungkin akan membuka pintu kepada pengeluar jam pintar lain, untuk turut sama melancarkan jam pintar khusus buat pemain eSports. Sememangnya sukan elektronik mempunyai pasaran yang sangat besar dan ia pasti tidak mahu dilepaskan pengeluar untuk mengaut keuntungan. Apakah yang anda rasa perlu ada untuk jam pintar eSports?

Sumber: HypeBeast, BusinessWire

Tags: garminGarmin InstinctGarmin Instinct eSports
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Garmin Instinct eSports, jam pintar khas untuk aktiviti sukan elektronik

Garmin Instinct eSports, jam pintar khas untuk aktiviti sukan elektronik

26 October 2020
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER