• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Laptop prestasi tinggi Razer Blade dan Blade Pro, mula dijual di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 5:58 pm
  • 28/10/2020
  • Komen
Laptop prestasi tinggi Razer Blade dan Blade Pro, mula dijual di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Razer, jenama yang terkenal menghasilkan perkakas dan komputer untuk peminat permainan video, kini mengumumkan barisan laptop Razer Blade ke pasaran Malaysia. Sebelum ini, hanya perkakas Razer dijual di Malaysia, berbanding Singapura yang menyenaraikan lebih banyak produk Razer.

Sebagai jenama barangan komputer gaming yang popular, Laptop Razer Blade dihasilkan dengan prestasi tinggi agar dapat memainkan pelbagai tajuk permainan dengan lancar. Terdapat dua model laptop Razer Blade diperkenalkan, Razer Blade 15 dan Razer Blade Pro 17.



Razer Blade 15

Terdapat dua model di dalam Razer Blade 15, Base dan Advanced. Dari namanya, sudah pasti model Advanced lebih berkuasa dari Base. Kedua-duanya memiliki saiz badan yang sama, tetapi model Base lebih tebal dengan ukuran 19.9mm, manakala model Advanced hanya 17.8mm.

Walaupun saiz skrin juga sama, 15.6-inci dalam nisbah 16:9 tetapi spesifikasinya berbeza. Model Base dilengkapi skrin OLED 144Hz HD Penuh, manakala model Advanced dipasang dengan skrin sentuh OLED 300Hz HD penuh.



Untuk prestasi, model Base dikuasakan pemproses Intel Core i7-10750H 6-teras, dengan kelajuan sehingga 2.6GHz dan Turbo sehingga 5.0GHz. Grafik pula ditawarkan dari GPU Nvidia GeForce GTX1660 Ti, RTX 2060 Max-Q atau RTX 2070 Max-Q.

Model Advanced pula dilengkapi dengan pemproses Intel Core i7-10875H 8-teras, dengan kelajuan sehingga 2.3GHz dan Turbo sehingga 5.1GHz. Grafik pula boleh dipilih antara GPU Nvidia GeForce RTX 2070 Super Max-Q atau RTX 2080 Super Max-Q.

Kedua-dua model menerima RAM dari jenis DDR4 berkelajuan sehingga 2933MHz, dengan kapasiti sehingga 64GB. Storan pula jenis SSD M.2 NVMe PCIe 3.0 x4, dengan keluasan dari 256GB sehingga 4TB.

Di papan kekunci pula, model Base menggunakan kekunci zon RGB Razer Chroma, bermakna semua kekunci menggunakan warna yang sama, dengan warna yang boleh diubahsuai. Berbeza pula di model Advanced, setiap kekunci boleh diubahsuai warnanya untuk efek yang lebih menarik.

Sambungan berwayar juga ada sedikit berbeza. Kedua-duanya memiliki port ThunderBolt 3, USB-C, USB-A dan HDMI, model Base dilengkapi port Gigabit Ethernet manakala model Advanced memiliki pembaca kad SD dan lebih banyak port USB-C.

Laptop Razer Blade 15 hanya datang dalam warna hitam dengan logo berwarna hijau. Ia akan dijual menerusi pengedar sah Razer terpilih, dengan harga bermula dari RM 6,114.49. Maklumat lanjut tentang laptop ini boleh dirujuk di laman produk Razer Blade 15.

Razer Blade Pro 17

Razer menyatakan, laptop ini dihasilkan untuk pemain game profesional, pereka dan pembangun game. Untuk model ini, Razer tidak membuat pecahan seperti di Blade 15. Pengguna boleh mendapatkan laptop yang sama dan membuat pilihan spesifikasi boleh ubahsuai yang biasa.

Razer Blade Pro 17 dikuasakan pemproses Intel Core i7-10875H 8-teras, dengan kuasa grafik di antara GPU Nvidia GeForce RTX 2070 Super Max-Q atau RTX 2080 Super Max-Q. Ia menerima RAM DDR4 sehingga 64GB dan storan SSD PCIe NVMe sehingga 4TB.

Untuk paparan, terdapat dua pilihan disediakan. Pertama ialah skrin 17.3-inci HD Penuh 300Hz, dan kedua adalah skrin sentuh 17.3-inci 4K UHD 120Hz.

Ia dilengkapi TouchPad kaca, bersama papan kekunci dengan setiap satu kekunci boleh diubahsuai warna lampunya. Port lebih lengkap terdapat di laptop ini seperti Thunderbolt 3, USB-C, USB-A, HDMI, Gigabit Ethernet dan pembaca kad SD.

Laptop Razer Blade Pro 17 juga datang dalam warna hitam sahaja. Ia akan dijual menerusi pengedar sah Razer terpilih, dengan harga bermula dari RM 9,456.94. Maklumat lanjut tentang laptop ini boleh dirujuk di laman produk Razer Blade Pro 17.

Tags: razerrazer bladeRazer Blade Pro
Najib

Najib

POPULAR

Laptop prestasi tinggi Razer Blade dan Blade Pro, mula dijual di Malaysia

Laptop prestasi tinggi Razer Blade dan Blade Pro, mula dijual di Malaysia

28 October 2020
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER