• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Teknologi Audio

Oppo Enco W51, boleh cas wayarles dan ada ANC dengan harga lebih mampu dimiliki

  • OLEH Najib
  • 3:33 pm
  • 30/10/2020
  • Komen
Oppo Enco W51, boleh cas wayarles dan ada ANC dengan harga lebih mampu dimiliki
Share on FacebookShare on Twitter

Oppo Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan Enco W51, fon kepala TWS pertama mereka dengan penyaring hingar aktif (ANC) hibrid dan sokongan pengecas wayarles. Ia mula dijual hari ini dan boleh didapati di Stor Konsep Oppo, Stor Online Oppo dan pengedar sah Oppo.

Harga jualan untuk Oppo W51 ini adalah RM369. Ini menjadikannya fon telinga TWS paling murah dengan teknologi ANC dan sokongan pengecas wayarles. Terdapat dua warna pilihan untuk fon telinga ini, puth dan biru gelap.



Teknologi ANC hibrid di Oppo Enco W51 dicapai menggunakan enam mikrofon dan cip penyaring hingar digital dwi-teras terbina di dalamnya, untuk menghasilkan bunyi tanpa hingar bagi panggilan dan mendengar muzik.

Fon kepala ini boleh memainkan lagu sehingga 3.5 jam dengan ANC aktif dan 20 jam bersama bekas pengecas. Jika ANC dimatikan, ia boleh memainkan lagu sehingga 4 jam dan 24 jam bersama bekas pengecas. Bekas pengecasnya pula boleh dicas melalui sambungan USB-C, atau secara wayarles yang serasi dengan teknologi Qi.



Dengan pengikitirafan kalis percikan air IP54, Enco W51 sesuai digunakan sewaktu aktiviti kecergasan atau di dalam hujan. Ia juga ada sensor pengesan. Jika fon kepala ini dicabut dari telinga, ia akan menghentikan lagu dan menyambung semula bila dipasang di telinga.

Untuk mengenalinya dengan lebih lanjut, layari laman produk Oppo Enco W51.

Tags: oppoOppo Enco W51
Najib

Najib

POPULAR

Oppo Enco W51, boleh cas wayarles dan ada ANC dengan harga lebih mampu dimiliki

Oppo Enco W51, boleh cas wayarles dan ada ANC dengan harga lebih mampu dimiliki

30 October 2020
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN