• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Spotify merancang untuk naikkan harga langganan

  • OLEH Najib
  • 4:25 pm
  • 02/11/2020
  • Komen
Apple tegur Spotify yang tak sedar dek untung
Share on FacebookShare on Twitter

Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Spotify, Daniel Ek melaporkan bahawa syarikat mereka sedang merancang untuk menaikkan harga langganan Spotify. Beliau menerangkan perkara ini di dalam pendapatan suku ketiga Spotify minggu lepas.

Spotify kini memiliki 144 juta pengguna berbayar dan 320 juta pengguna aktif. Dalam suku ketiga ini, Spotify berjaya menambah 6 juta pengguna, tetapi jualan dan pendapatan menyaksikan penurunan.



Menurut Daniel, dengan menaikkan harga langganan, Spotify boleh menjana keuntungan lebih tinggi di samping percaya bahawa pengguna akan terus menggunakan perkhidmatan mereka, berdasarkan nilai yang diberikan oleh perkhidmatan penstriman muzik terbesar di dunia itu.

Spotify boleh dimainkan di pelbagai peranti

Walaubagaimanapun, Daniel tidak menjelaskan apakah rancangan mereka untuk menaikkan harga langganan seperti bila, berapa dan di mana. Tetapi beliau berkata, mereka melihat untuk menaikkan harga secara lebih meluas.



Kenaikan harga ini juga didorong oleh kepercayaan pelanggan yang melihat Spotify kini menawarkan lebih banyak kandungan, tidak lagi terhad kepada lagu tetapi kandungan seperti podcast. Sehingga kini, Spotify memiliki 1.9 juta podcast, dengan 58 podcast asli dan eksklusif dihasilkan dalam suku ketiga tahun ini.

Spotify telah bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk menghasilkan podcast eksklusif antaranya Michelle Obama, DC Comics, Riot Games dan banyak lagi. Spotify juga baru memperkenalkan Anchor, sejenis perkhidmatan seakan radio di mana pencipta kandungan boleh menggunakan lagu berlesen di dalam podcast mereka.

Usaha sebegini membuatkan Spotify yakin kenaikan harga adalah perlu di sesetengah pasaran. Selain itu, Spotify juga telah mencuba menaikkan harga langganan di pasaran terpilih dan mendapat maklumbalas yang baik. Pengguna masih kekal dengan langganan berbayar walaupun harga dinaikkan, menunjukkan kepercayaan pengguna terhadap nilai yang diberikan oleh Spotify.

Di Malaysia, Spotify Premium telah sekian lama tidak dinaikkan harga. Ia dikenakan kadar RM14.90/bulan untuk individu, RM19.80/bulan untuk dua akaun premium dan RM22.40 untuk keluarga, sehingga 6 akaun premium. Spotify juga tidak menaikkan harga mereka selepas kerajaan mmeperkenal cukai digital 6% awal tahun ini, di mana Netflix telah menaikkan harga langganan mereka.

Dengan kenyataan dari CEO Spotify ini, perancangan mereka untuk menaikkan harga langganan di Malaysia mungkin akan menjadi nyata. Adakah anda akan kekal menggunakan Spotify jika harga langganan dinaikkan? Atau anda juga bersetuju perkhidmatan yang disediakan Spotify berbaloi untuk dinaikkan harga?

[Sumber: TechCrunch]

Tags: Spotify
Najib

Najib

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
Apple tegur Spotify yang tak sedar dek untung

Spotify merancang untuk naikkan harga langganan

2 November 2020
Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

5 February 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

9 February 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER