• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Oppo A73: Maklumat penjualannya di Malaysia

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:12 pm
  • 04/11/2020
  • Komen
Oppo A73: Maklumat penjualannya di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

OPPO A73 sudahpun dilancarkan di Malaysia pada harga RM899. Tempahannya sudahpun dimulakan sehingga 10 November 2020. Ada beberapa hadiah percuma menanti pembeli awal.

300 pelanggan terawal akan terima seutas gelang kecergasan dan dua kali ganda mata ganjaran di My Oppo APP.



Anda boleh pergi ke Shopee ataupun gedung dalam talian Oppo untuk lakukan tempahan.

Spesifikasi Oppo A73

Oppo A73 dilengkapi paparan FHD+ sebesar 6.44” AMOLED. Jadi ia beroleh pengimbas jari dalam paparan.



Atas papan utamanya, anda boleh temui SoC Snapdragon 662. Cip yang sama juga digunakan oleh Oppo F17 dan Realme 7i. SoC itu digandingkan bersama-sama RAM 6GB serta storan 128GB. Kalau storan tak cukup besar, anda boleh perluaskannya melalui slot khas mikroSD.

Saya rasakan ini adalah Oppo siri A tercantik setakat ini. Ia gunakan kemasan belakang plastik tapi ia tekstur seakan kulit.

Di bahagian pengimejan, ia ada tiga kamera belakang. Kamera utamanya ada sensor 16MP, kemudian kamera ultralebarnya ada 8MP dan kamera terahir adalah kamera 2MP untuk bokeh. Selfie diambil dengan kamera 16MP.

Oppo A73 ada bateri berkapasiti 4,015mAh dengan pengecasan pantas 30W melalui port USB-C. Seperti Oppo siri A yang lain, ia ada jek 3.5mm untuk anda tambat headfon kegemaran anda.

Tags: oppoOppo A73
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Oppo A73: Maklumat penjualannya di Malaysia

Oppo A73: Maklumat penjualannya di Malaysia

4 November 2020
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN