• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

U Mobile dilapor cemerlang bekalkan perkhidmatan 4G konsisten sewaktu PKP berbanding 4 telco lain

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:04 pm
  • 05/11/2020
  • Komen
U Mobile dilapor cemerlang bekalkan perkhidmatan 4G konsisten sewaktu PKP berbanding 4 telco lain
Share on FacebookShare on Twitter

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama kali diperkenalkan pada 18 Mac 2020. Pada waktu itu, semua orang dipaksa untuk bekerja daripada rumah buat beberapa ketika. Ia menyebabkan kesesakan pada rangkaian perkhidmatan telekomunikasi daripada jalur lebar tetap hinggalah ke 4G.

Daripada sudut perkhidmatan 4G, Opensignal ada keluarkan laporan yang memvisualisasikan kesesakan yang dihadapi dalam rangkaian 4G 5 telco utama negara. Data yang dihimpunkan antara bulan Februari hingga September 2020 dipamerkan dalam kaedah yang mudah difahami.



Graf di atas menunjukkan:

  • purata pola penggunaan data seminggu
  • purata kelajuan muat turun 4G seminggu

Garis putus-putus menegak menunjukkan peristiwa penting yang berlaku pada hari itu. Mereka adalah:



  • 18 Mac 2020 – hari pertama PKP
  • 1 April 2020 – telco tawarkan 1GB data percuma setiap hari
  • 14 Mei 2020 – Hari Raya Aidil Fitri
  • 10 Jun 2020 – telco gantikan tawaran data percuma khusus untuk pembelajaran dan produktiviti.

Boleh anda perhatikan selepas hari pertama PKP, pola penggunaan data meletup sehingga menghampiri 40% daripada biasa dan ia memberi impak negarif daripada segi kelajuan muat turun sehingga menghampiri 40%.

Namun begitu, ia semakin memulih. Menjelang penghujung September 2020, purata kelajuan 4G telah kembali ke sedia kala walaupun pola penggunaan kekal lebih tinggi daripada biasa.

Pecahan pengikut Telco

Menggunakan data yang sama, Opensignal memecahkannya mengikut telco utama iaitu:

  • Celcom
  • Digi
  • Maxis
  • U Mobile
  • Unifi

Menurut graf tersebut, anda boleh perhatikan yang hanya U Mobile berjaya, bukan saja membaik pulih kelajuan muat turun 4G seiring dengan tempoh PKP, malah kelajuan dipertingkat menghampiri dua kali ganda. Sedangkan, Telco yang lain hadapi kesukaran untuk baik pulih kelajuan sungguhpun kembali ke kelajuan asal.

Celcom menghadapi peluapan data tertinggi, menghampiri 50% daripada biasa tapi berjaya memulihkannya menjelang Mei 2020.

Maxis pula menghadapi kesukaran apabila kelajuan muat turun 4G seakan mendatar tanpa baik pulih ketara sepanjang PKP. Unifi pula seperti Maxis tapi sekurang-kurangnya ada pemulihan di penghujung September seperti Digi.

Anda boleh baca laporan terperinci di pautan ini.

Tags: celcomdigimaxisOpenSignalpkpu mobileUnifi
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

U Mobile dilapor cemerlang bekalkan perkhidmatan 4G konsisten sewaktu PKP berbanding 4 telco lain

U Mobile dilapor cemerlang bekalkan perkhidmatan 4G konsisten sewaktu PKP berbanding 4 telco lain

5 November 2020
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026
Siri Vivo X500 Malaysia: Kamera ZEISS 200MP, bateri 7,800mAh harga dari RM4,699

Siri Vivo X500 Malaysia: Kamera ZEISS 200MP, bateri 7,800mAh harga dari RM4,699

27 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN