11 gajet yang anda perlu masukkan dalam cart sebelum Lazada 11.11

Artikel ini dibawakan kepada anda oleh Lazada Malaysia

Pesta beli belah dalam talian Lazada 11.11 bakal berlangsung tak lama lagi. Sudah tentu banyak produk yang akan dipotong harganya. Tapi kalau anda terlalu sibuk untuk buru promo menarik, ini adalah 11 gajet yang perlu anda usyar dan masukkan dalam cart anda.

Produk bukan yang termurah? Lazada akan bayar 11x beza harga tersebut

Tapi sebelum itu, kalau anda temui ada produk yang lebih murah daripada Lazada pada 11 November 2020, anda boleh laporkannya pada Lazada dan nantikan kredit sebanyak 11 kali ganda perbezaan harga itu kedalam Lazada Wallet anda.

Syarat-syaratnya adalah:

  • Harga jualan adalah pada 11 November 2020
  • Terhad kepada 1,000 tuntutan terawal dan RM100 maksimum setiap pengguna
  • Hanya daripada platform dalam talian yang tersenarai dalam T&C
  • Produk yang dibandingkan harganya mestilah sama dan dibeli pada 11 November 2020.

Cara untuk tebus:

  • Beli barang daripada Lazada yang ada cap 11.11 Lowest Price Guaranteed
  • Cari barang yang harganya lebih murah di platform online
  • Laporkan dengan bukti seperti tangkap layar dan URL
  • Dapatkan perbezaan harga dalam bentuk kredit Lazada Wallet sebanyak 11x ganda.

Layari laman promosi untuk maklumat lanjut. Sementara memburu tawaran menarik, ada lebih 100 jenama terkenal turut adakan potongan harga gila-gila semasa 11.11 tak terhad pada gajet-gajet elektronik tapi meliputi pelbagai jenis produk.

Oppo A92 (8GB+128GB)

RM1,199 RM1,000

Ini adalah antara telefon dengan speaker stereo termurah boleh anda dapati dalam pasaran. Sudahlah ada speaker stereo, paparannya telah dinaik taraf kepada FHD+ daripada generasi sebelumnya. Digandikan dengan bateri 5,000mAh, OPPO A92 adalah sebuah gajet multimedia yang baik.

Berikut adalah spesifikasi ringkas Oppo A92:

  • Paparan 6.5” LCD FHD+
  • Snapdragon 665
  • RAM 8GB
  • Storan 128GB
  • Kamera belakang  48MP + 8MP + 2MP + 2MP
  • Kamera depan 16MP
  • Bateri 5,000mAh

Samsung Galaxy Note 10+ (12GB+256GB)

RM3,099 RM2,100

Ini adalah Galaxy Note 10 paling berkuasa dalam sirinya. Harga pelancarannya adalah RM4,199 dan ia hadir dengan RAM 12GB serta storan 256GB. Pada harga RM2,100 ia miliki tanda harga sekitar Galaxy Note 10 Lite sahaja malah lebih murah.

Kalau anda cari telefon dengan fungsi produktiviti yang tiada tandingan, anda takkan menyesal dengan Galaxy Note 10+.

Berikut adalah spesifikasi ringkas Galaxy Note 10+:

  • Paparan 6.8” AMOLED QHD+
  • Exynos 9825
  • RAM 12GB
  • Storan 256GB
  • Kamera belakang 12MP + 12MP (telefoto) + 12MP (ultralebar) + 3D ToF
  • Kamera depan 12MP
  • Bateri 4,300mAh & pengecasan pantas 45W

realme Narzo 20 Pro (8+128GB)

RM1,199 RM899 RM1,199 RM899

Mencari wira pengecasan yang PALING PANTAS? Dengan realme narzo 20 Pro, ia dilengkapi dengan 65W SuperDart Charge yang mengagumkan dengan bateri sebesar 4500mAh. Tak perlu risau, hanya plug-in dan cas dari 0% hingga 100% dalam masa 38 minit sahaja.

Model ini menggunakan cip pemproses MediaTek Helio G95, menjanjikan prestasi yang hebat dan memenuhi kehendak pengguna tegar sosial media dan juga gamers di luar sana. Bukan hanya itu, ia turut menepati citarasa semua dengan screen sebesar 6.5 inci dipadukan dengan skrin 90Hz Ultra Smooth Display untuk pengalaman visual yang lebih baik, pada bila-bila masa.

  • Paparan: 6.5″ FHD+
  • Processor Helio G95
  • RAM 8GB
  • Storan 128GB
  • Kamera Belakang 48+8+2+2MP
  • Kamera depan 16MP
  • Battery 4500mAh , pengecasan pantas 65W

Huawei Mate 30 (8GB+128GB)

RM2499 RM1499

Ini adalah telefon pertama Huawei didatangkan dengan HMS sepenuhnya. Tapi ia tidak bermakna ia sebuah telefon yang lemah. Pada helaian spesifikasi teknikal, ia adalah sebuah telefon yang cantik dan berkuasa.

Pada harga RM1,499, ini adalah telefon Kirin 990 paling murah dalam pasaran.

Anda dapat paparan berbingkai nipis OLED, cip Kirin 990, RAM 8GB dan storan 128GB. Untuk pasaran Malaysia, memang sukar untuk dapatkannya sewaktu awal kemasukkannya. Anda perlu dapat jemputan dan sebagainya. Tapi sekarang tak lagi.

Berikut adalah spesifikasi ringkas Mate 30:

  • Paparan 6.62” OLED FHD+
  • Kirin 990
  • RAM 8GB
  • Storan 128GB
  • Kamera belakang 40MP + 8MP (telefoto) + 16MP (ultralebar)
  • Kamera depan 24MP + 3D ToF
  • Bateri 4,200mAh, pengecasan pantas 40W[HA1] 

Huawei Nova 5T (8GB+128GB)

RM1399 RM999

Untuk telefon bawah RM999, Huawei Nova 5T adalah telefon yang baik sebab ada specs berkelas flagship. Ia ada komponen yang menguasakan Huawei P30 walaupun sudah sedikit berusia.

Ia ada rekaan berbingkai nipis yang cantik serta kemasan belakang yang berkilat. Kamera utamanya 48MP dengan kamera depan 32MP.

Ia ada bateri 3,740Mah dengan pengecasan pantas 22.5W.

Berikut adalah spesifikasi ringkas Nova 5T:

  • 6.26” IPS LCD FHD+
  • Kirin 980
  • RAM 8GB
  • Storan 128GB
  • Kamera 48MP + 16MP (ultralebar) + 2MP (makro) + 2MP (bokeh)
  • Kamera depan  32MP
  • Bateri 3,750mAh, pengecasan pantas 22.5W

Poco X3 NFC (6GB+128GB, 6GB+128GB)

RM899 RM799 (storan 64GB)

RM1,099 RM949 (storan 128GB)

Inilah yang dikatakan ramai sebagai telefon midrange terbaik tahun 2020 untuk golongan gamers. Ia ada SoC berkuasa disamping paparan berefresh rate tinggi. Tak cukup dengan itu, ia ada bateri besar 5,160mAh dengan pengecasan pantas 33W.

Memang sukar untuk pertimbangkan telefon bawah RM1,000 lain daripada segi kuasa gaming. Satu-satunya sebab orang tak pandang Poco X3 NFC adalah pada sistem operasi MIUI yang sarat dengan iklan atapun RAM-nya cuma 6GB.

Berikut adalah spesifikasi ringkas Poco X3 NFC:

  • 6.67” IPS LCD FHD+
  • Snapdragon 732G
  • RAM 6GB
  • Storan 64GB/128GB
  • Kamera 64MP + 13MP (ultralebar) + 2MP (makro) + 2MP (bokeh)
  • Kamera depan 20MP
  • Bateri 5,160mAh, pengecasan pantas 33W

*POCO 2 Spec should be (6GB+64GB , 6+128GB)

*Change the 2 spec to ROM instead of RAM

Edifier X3

RM129 RM69

Kalau anda sedang cari TWS dengan spesifikasi baik bawah RM100, Edifier X3 adalah salah satunya. Ia adalah antara yang termurah menyokong codec audio aptX sedang kebanyakan TWS murah lain hanya gunakan codec sumber terbuka SBC.

Manfaat aptX berbanding SBC adalah latensi sewaktu mendengar yang lebih rendah 120ms. Jadi, anda kurang rasai sela masa antara audio dengan visual apabila anda menonton video.

Berikut adalah spesifikasi ringkas Edifier X3:

  • Pemacu audio 8nm dinamik
  • Penyambungan Bluetooth 5.0
  • Respons frekuensi antara 20 hingga 20kHz
  • Ketahanan bateri sehingga 6 jam dengan 2 jam waktu pengecas

Mijia IMILAB CCTV

RM109 RM90

Ini adalah CCTV pada harga kurang daripada RM90. Ramai orang sukakan CCTV ini adalah ia dikuasakan USB dan pengendaliannya amat mudah melalui APP di telefon pintar.

Ia ada sudut pandang 360 darjah dan ada mikrofon serta speaker untuk anda berintaraksi dengan kamera. Menggunakan APP, anda boleh akses kamera anda daripada mana-mana anda berada.

Berikut adalah spesifikasi ringkas Mijia IMILAB CCTV:

  • Resolusi kamera 1080MP
  • Keperluan kuasa 5W (5V/1A) mikro-USB
  • Wi-Fi 2.4Ghz
  • Ada mikrofon & speaker
  • Ada slot mikro-SD sehingga 64GB

Suunto 9 Baro

RM2799 RM1959

Jam tangan ini dilancarkan dalam tahun 2018. Memang agak berusia tapi ia bukanlah jam tangan pintar yang mudah dimamah waktu.

Suunto 9 Baro adalah jam tangan multisukan yang lasak dan sarat dengan ciri-ciri terbaik dalam dunianya. Pesaing jam tangan ini adalah siri  Garmin Fenix 6.

Berikut adalah spesifikasi ringkas Suunto 9 Baro:

  • Muka jam kaca safira, bingkai titanium dalam bekas poliamid.
  • Paparan berwarna 320 x 300 peka sentuhan
  • Penjejak denyut nadi optikal
  • Ada Bluetooth
  • Ada sensor barometer, GPS, altimeter, kompas
  • Hayat bateri sehingga 14 hari, 7 hari (GPS)

Aukey PB-XN10 10MAh

RM59 RM35.9

Powerbank 10,000mAh dariapda Aukey ini gunakan USB-C sebagai input mengecas. Namun ia tak sokong pengecasan pantas sebaliknya Cuma terima 10W tenaga.

Tapi port yang serupa boleh digunakan untuk mengecas peranti lain secara pantas sehingga 15W. Kemudian, dia ada 2 port USB-A yang membuahkan tenaga berjumlah 12W (5V,2.4A).

Spesifikasi Aukey PB-XN10:

  • Tangki berkapasiti 10,000mAh
  • 1 USB-C
  • 1 mikro-USB
  • 2 USB-A
  • Jumlah output 5V/3A (USB-C) atau 5V/2.4A (USB-A)

Asus Gaming Monitor VZ239HR

RM399 RM339

Saya kurang pasti kenapa Asus katakana ini adalah monitor gaming. Refresh rate-nya Cuma 60Hz saja. Yang gaming tentangnya cumalah kadar respons 5ms.

Namun, pada harga RM339 dan panel IPS, ia adalah sebuah monitor multimedia yang baik. IPS memang sesuai untuk menonton video ataupun semasa penghasilan kandungan video kerana ketepatan warnanya yang lebih tinggi daripada VN dan TFT.

Tambahan pula, ia ada pensijilan TUVRheinland untuk penyaring cahaya biru yang katanya meletihkan otot mata jika dilihat terlalu lama. Berikut adalah spesifikasi ringkas Monitor Asus VZ239HR:

  • Panel IPS 23”
  • FHD
  • Refresh rate 60Hz
  • Kadar respons 5ms
  • Sepasang speaker stereo 1.5W
  • Input daripada HDMI, D-Sub, atau jek audio 3.5mm