• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Perlu daftar MySejahtera di stesen minyak atau risiko disaman RM1,000

  • OLEH Najib
  • 8:51 pm
  • 09/11/2020
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Orang ramai diminta untuk mengimbas kod MySejahtera apabila masuk kemana-mana premis atau bangunan. Tetapi ramai tidak melakukannya semasa mengisi petrol di stesen minyak, kerana dilihat sebagai tidak berkumpul beramai-ramai di satu tempat, dalam masa yang lama.

Tetapi kenyataan dari Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, DCP Mior Faridalathrash Wahid adalah sebaliknya. Menurut laporan China Press, beliau menyatakan bahawa orang ramai yang mengunjungi stesen minyak dan mengisi petrol, perlu mengimbas kod MySejahtera. Ini kerana stesen minyak adalah tempat awam dan mudah dijangkiti COVID-19. Ia juga akan memudahkan pihak berkuasa membuat pengesanan kontak.



Sumber: China Press

Tambah beliau, semua pengunjung wajib memakai pelitup muka, mendaftar untuk pengesanan kontak, mengimbas suhu badan dan menggunakan pensanitasi tangan. Beliau ditanya soalan ini selepas terdapat klip suara tular, yang menyatakan seorang bapa disaman RM1,000 kerana gagal mendaftar dengan aplikasi MySejahtera sebelum mengisi minyak, walaupun dia memakai pelitup muka.

Sebelum ini, ada laporan dari Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Sahabudin Abdul Manan menyatakan bahawa tidak perlu untuk memakai pelitup muka di stesen minyak. Walaupun ia tempat awam, jika berseorangan tidak ramai dan menjaga penjarakan fizikal, maka tidak perlu memakai pelitup muka.



Sebenarnya agak sukar untuk mengimbas kod MySejahtera kerana ia tidak ditampal di setiap pam petrol. Sebaliknya ia terdapat di kaunter pembayaran atau pintu masuk kedai stesen minyak sahaja. Tetapi pengunjung tidak perlu pergi ke kaunter atau kedai apabila membuat bayaran terus di mesin kad di pam petrol, atau menggunakan aplikasi Setel di Petronas.

Larangan menggunakan telefon bimbit di luar kenderaan

Lebih mengelirukan apabila pengunjung tidak dibenarkan menggunakan telefon pintar semasa berada di stesen minyak. Jika mengimbas kod QR MySejahtera adalah wajib semasa mengisi petrol, maka pengusaha stesen perlu menyediakan kod QR MySejahtera yang besar di setiap pam petrol agar boleh diimbas dari dalam kenderaan.

Sumber: China Press, Malay Mail

Tags: COVID-19mysejahtera
Najib

Najib

POPULAR

Perlu daftar MySejahtera di stesen minyak atau risiko disaman RM1,000

9 November 2020
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN