• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tiada lagi storan Google Photo percuma, ini salah satu penyelesaian yang anda ada

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:51 am
  • 12/11/2020
  • Komen
AI kini jadi tulang belakang fungsi penyuntingan Google Photos dalam kemas kini terbaru ini
Share on FacebookShare on Twitter

Buat anda yang tak perasan, sekiranya anda gunakan APP Google Photo dan ditawarkan fungsi Sync & Backup, Google sebenarnya memberikan anda storan percuma untuk simpan gambar/video anda.

Kalau anda pilih untuk simpan dalam Original Quality, ia akan simpan salinan yang sama di awan, tapi ia akan memakan ruang 15GB storan yang diperuntukkan untuk setiap akaun Google dan ia dikongsi merentasi semua servis Google seperti Google Docs, dan Google Drive.



Kalau anda pilih untuk simpan dalam High Quality, ia akan simpan salinan yang telah diubah suai daripada segi resolusi untuk mengoptimumkan storan dan pada masa yang sama cuba mengekalkan kualiti gambar.

Namun, bermula 1 Jun 2021, polisi untuk gambar/video High Quality telah ditukar menjadi sama seperti polisi Original Quality. Hal ini bermakna, gambar yang masuki Google Photo tetap akan makan 15GB storan tersebut.



Pengecualian diberikan kepada situasi seperti berikut:

  • Gambar yang dimuat naik sebelum 1 Jun 2021.
  • Peranti Pixel 1 hingga Pixel 5

Sebelum melenting, anda perlu fahami perspektif 15GB terhadap gambar anda. Google kata, hampir 80% penggunanya masin boleh manfaatkan storan percuma ini untuk lebih kurang 3 tahun lagi.

Kalau sekeping gambar ambil ruang sebanyak 3MB, untuk penuhkan storan 15GB dalam masa 3 tahun, anda perlu muat naik 13 gambar sehari setiap hari.

Andainya anda masih perlukan storan yang luas untuk simpan semua gambar, anda bolehlah langgan storan awan Google One. Pilihan yang anda ada adalah seperti berikut:

Pelan bulanan

  • RM8.49/bulan untuk 100GB
  • RM11.99/bulan untuk 200GB
  • RM42.99/bulan untuk 2,000GB

Pelan tahunan

  • RM84.99/tahun untuk 100GB
  • RM119.99/tahun untuk 200GB
  • RM429.99/tahun untuk 2,000GB

[Sumber: Google]

Tags: GoogleGoogle Photos
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

AI kini jadi tulang belakang fungsi penyuntingan Google Photos dalam kemas kini terbaru ini

Tiada lagi storan Google Photo percuma, ini salah satu penyelesaian yang anda ada

12 November 2020
Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Huawei Band 11 & 11 Pro: Skrin lebih cerah & ada GPS terbina, harga bermula RM149

Huawei Band 11 & 11 Pro: Skrin lebih cerah & ada GPS terbina, harga bermula RM149

24 February 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN