• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Teknologi Audio

Jabra Elite 85T dilancar sebagai earbud ANC antara paling kecil di dunia

  • OLEH Najib
  • 5:26 pm
  • 17/11/2020
  • Komen
Jabra Elite 85T dilancar sebagai earbud ANC antara paling kecil di dunia
Share on FacebookShare on Twitter

Jabra hari ini memperkenalkan secara rasmi, earbud TWS (True Wireless Stereo) terbaharu mereka, Jabra Elite 85T. Ia kini dilengkapi penyaring hingar aktif (ANC), diuruskan oleh cip khas di dalam untuk menapis pelbagai bunyi bising di luar, agar bunyi yang mahu didengari sahaja masuk ke dalam telinga pengguna.

Perkara paling dibanggakan oleh Jabra pada earbud ANC ini adalah betapa kecil saiznya berbanding pengeluar lain. Ia mengekalkan saiz yang hampir serupa dengan model sebelum ini, tetapi lebih berkuasa dengan tambahan ANC. Sekali imbas, memang susah nak dibezakan dengan Elite 75T dan Elite 65T.



Menurut Jabra, bunyi panggilan kekal berkualiti tinggi menggunakan teknologi 6 mikrofon bersama perlindungan dari angin, agar panggilan suara sentiasa jelas. Untuk menapis bunyi bising, ia menggunakan empat mikrofon yang terletak di luar dan dalam earbud, diproses oleh cip ANC khas membolehkan pembatalan bunyi yang lebih baik, dengan menapis lebih banyak bunyi hingar pada semua frekuensi.

Perkara penting selain menyaring hingar adalah kebolehan mendengar bunyi sekeliling seperti tidak memakai earbud. Perkara ini boleh diaktifkan melalui HearThrough. Pengguna juga boleh melaraskan sendiri sejauh mana bunyi bising yang mahu ditapis, atau bunyi luar yang mahu didengar, melalui aplikasi Sound+. Aplikasi Sound+ membolehkan banyak tetapan diubahsuai seperti menukar arahan butang, profil bunyi dan banyak lagi.



Bunyi dari Elite 85T diluahkan dari pemacu bunyi 12mm, untuk audio yang kuat dan bass bertenaga. Jabra turut memberi gel telinga silikon berbentuk bujur (EarGels) yang direka sesuai berada di dalam telinga supaya lebih kedap, tetapi tidak berada jauh ke dalam telinga untuk rasa lebih selesa menggunakannya.

Earbud Jabra ini boleh digunakan sehingga 5.5 jam sekali cas dan sehingga 25 jam bersama bekas pengecas, jika ANC dihidupkan. Apabila ANC dimatikan, ia boleh digunakan sehingga 7 jam dan 31 jam bersama bekas pengecas. Bekas pengecas ini boleh dicas secara wayarles menerusi teknologi Qi, serta melalui sambungan wayar USB-C.

Jabra Elite 85T diiktiraf kalis percikan air dan habuk IPx4 dan Jabra memberikan jaminan selama 2 tahun untuk earbud ini.

Di Malaysia, Jabra Elite 85T akan dijual bermula 4 Disember 2020, pada harga RM1,049. Terdapat tiga warna ditawarkan, Titanium Black boleh didapati dari bulan Disember 2020 manakala warna Gold Beige dan Gray akan tersedia pada suku pertama 2021.

Jabra turut menyediakan tawaran istimewa untuk pembeli terawal Elite 85T, iaitu fon kepala Elite Active 45e bernilai RM379 secara percuma. Tetapi kuantiti adalah terhad, siapa cepat dia dapat.

Untuk mengenali earbud terbaru Jabra ini dengan lebih lanjut, layari laman produk Jabra Elite 85T.

Tags: JabraJabra Elite 85T
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Jabra Elite 85T dilancar sebagai earbud ANC antara paling kecil di dunia

Jabra Elite 85T dilancar sebagai earbud ANC antara paling kecil di dunia

17 November 2020
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER