• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Muslim Pro adalah salah satu daripada ratusan APP yang data penggunanya dijaja ke tentera A.S

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:54 pm
  • 17/11/2020
  • Komen
Muslim Pro aplikasi Islamik semua-dalam-satu dilancar di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Data adalah segalanya dalam dunia hari ini. Ia sangat penting sehinggakan pihak Tentera Amerika Syarikat sendiri beli data pergerakan orang seluruh dunia sebagai sebagai sumber maklumat untuk rancang pengoperasian mereka.

Salah satu daripada APP yang dipercayai terlibat APP Muslim Pro yang setakat ini telah dimuat turun sebanyak 98 juta kali di dua platform mudah alih utama dunia iaitu Android dan iOS.



Muslim Pro aplikasi Islamik semua-dalam-satu dilancar di Malaysia

Jadi anda boleh bayangkkan berapa banya data pengguna yang berada dalam pengkalan data pihak tentera A.S.

Ada dua sumber dikesan menyumbang data kepada pihak tentera A.S.



Sumber yang pertama adalah perkhidmatan Locate X yang dilanggan U.S. Special Operations Command (USSOCOM), cabang tentera yang mengendalikan hal-hal antipengganas, antipemberontakkan, dan pengintipan.

Sumber yang kedua adalah melalui “broker” data yang bernama X-Mode. Entiti ini menghimpunkan data daripada pelbagai sumber untuk dijual kepada kontraktor ketenteraan dan akhirnya data tersebut tiba ke pihak tentera.

Cara kerja X-Mode adalah dengan meminta pembangun APP untuk mengintegrasikan SDK mereka dalam APP yang dibangunkan. SDK itulah yang akan merekod dan salurkan data ke pelayan X-Mode. Sebagai balasan, pembangun APP akan terima upah bergantung pada bilangan pengguna aktif.

Misalnya, APP yang ada 50,000 pengguna aktif harian akan terima bayaran sebanyak USD1,500/bulan menurut laman X-Mode.

Muslim Pro cumalah salah satu APP tersebut dan mereka tidak tahupun kemana data itu pergi, kecualilah mereka membaca laporan Vice ini. Menurut X-Mode, mereka berada di lebih 400 APP setakat ini dan mengumpul maklumat daripada 60 juta pengguna global setiap bulan.

[Sumber: VICE]

Tags: keselamatanMuslim Pro
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Muslim Pro aplikasi Islamik semua-dalam-satu dilancar di Malaysia

Muslim Pro adalah salah satu daripada ratusan APP yang data penggunanya dijaja ke tentera A.S

17 November 2020
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN