• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Find X 2021, jawapan Oppo kepada Galaxy Z Fold 2 dan Mate X

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:31 pm
  • 18/11/2020
  • Komen
Find X 2021, jawapan Oppo kepada Galaxy Z Fold 2 dan Mate X
Share on FacebookShare on Twitter

Oppo ialah pengeluar telefon tanpa bingkai pertama dunia dengan Oppo Find X. Semasa dilancarkan pada bulan Jun 2018, kamera depan mekanikal nampak sangat asing. Tapi, pada hari ini ia adalah perkara biasa.

Untuk tahun 2020, Oppo ingin lakukannya sekali lagi apabila mengumumkan Oppo X 2021. Anda boleh katakan yang ini adalah versi Oppo untuk berdepan dengan Samsung Galaxy Z Fold 2 dan Huawei Mate X.



Namun, Oppo tak gunakan pendekatan skrin boleh lipat seperti dua pesaingnya itu. Sebaliknya, mereka gunakan teknologi paparan OLED boleh gulung. Maka, masalah kesan lipatan yang dihadapi telefon boleh lipat telahpun dibasmi sama sekali.

Telefon ini amat unik dan yang pertama seumpamanya dalam industri. Dalam keadaan tertutup, ia ada paparan sebesar 6.7” tapi paparan itu boleh dilebarkan kepada 7.4” apabila diperlukan.



The #OPPOX2021 rollable OLED screen:

⚙️ Proprietary roll motor powertrain
?️ 2-in-1 plate
✨ Warp Track high-strength screen laminate#OPPOINNODAY20 pic.twitter.com/VXvPgMKuB1

— OPPO (@oppo) November 17, 2020

Skrin dikeluarkan menggunakan motor elektrik dan bukannya ditarik pengguna sendiri. Sebab Oppo gunakan motor elektrik adalah bagi daya disebarkan sama rata merentasi paparan agar tidak rosak.

Menurut pengeluarnya, keluasan skrin yang dilebarkan boleh dikawal dan ia beri lebih kebebasan kepada pengguna berbanding penyelesaian boleh lipat sekarang. Mereka maklumkan yang ketahanan mekanisme telefon ini diuji melebihi 100,000 kali dan sedang berjalan. Oppo menyasarkan untuk menguji sebanyak 200,000 kali.

Setakat ini, telefon ini cumalah prototaip dan spesifikasi teknikal seperti resolusi, SoC, kamera, dan sebagainya tidak pula dikongsikan pengeluarnya.

Tags: oppoOppo find x 2021
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Find X 2021, jawapan Oppo kepada Galaxy Z Fold 2 dan Mate X

Find X 2021, jawapan Oppo kepada Galaxy Z Fold 2 dan Mate X

18 November 2020
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN