• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kemaskini terbaru Setel benarkan daftar masuk MySejahtera dari dalam kereta

  • OLEH Najib
  • 4:01 pm
  • 18/11/2020
  • Komen
Kemaskini terbaru Setel benarkan daftar masuk MySejahtera dari dalam kereta
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, timbul kekeliruan di kalangan rakyat apabila pihak polis mengatakan bahawa semua pengunjung stesen minyak, wajib mendaftar MySejahtera walaupun mengisi minyak tanpa masuk ke kedai. Perkara ini telah dijelaskan oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa tiada keperluan mendaftar MySejahtera jika tidak masuk ke kedai.

Tetapi Setel mengambil peluang ini untuk memudahkan lagi urusan. Pengguna Setel yang telah sedia menikmati perkhidmatan mengisi minyak tanpa perlu masuk ke kedai atau meleret kad di pam untuk membayar, kini boleh mendaftar masuk MySejahtera secara terus di dalam aplikasi Setel.



Apabila berada di stesen minyak Petronas yang menyertai, buka aplikasi Setel dan logo MySejahtera akan terapapar di sudut atas kiri. Tekan padanya dan isi maklumat peribadi untuk mendaftar masuk MySejahtera. Jangan lupa untuk mengimbas suhu badan kerana ia tidak terdapat di dalam aplikasi.

Pengunjung stesen minyak perlu mendaftar MySejahtera jika masuk ke dalam kedai untuk membayar atau mengeluarkan duit di ATM, atau menggunakan surau dan tandas. Selain itu, menghantar kereta untuk diservis di bengkel dan cuci kereta secara manual di stesen minyak, juga perlu mendaftar MySejahtera.



Untuk rujukan, jika membuat bayaran melalui tingkap dan mengisi tayar angin, tidak perlu mendaftar MySejahtera kerana tidak masuk ke dalam kedai. Apa yang pasti sekarang, dengan Setel, mengisi petrol dan mendaftar MySejahtera boleh dilakukan di dalam satu aplikasi yang sama.

[Sumber: Setel]

Tags: mysejahterasetel
Najib

Najib

POPULAR

Kemaskini terbaru Setel benarkan daftar masuk MySejahtera dari dalam kereta

Kemaskini terbaru Setel benarkan daftar masuk MySejahtera dari dalam kereta

18 November 2020
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII di Malaysia: Harga naik RM800 tapi spesifikasi tak berubah

2 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN