• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Bina kereta lumba Ferrari 488 GTE anda menggunakan bata Lego Technic

  • OLEH Najib
  • 4:32 pm
  • 25/11/2020
  • Komen
Bina kereta lumba Ferrari 488 GTE anda menggunakan bata Lego Technic
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda peminat kereta seperti Ferrari, pastinya model kereta mainan menjadi bahan simpanan anda. Tetapi anda boleh memiliki model yang lebih realistik keluaran Lego Technic. Terbaru, mereka telah memperkenalkan Lego Technic Ferrari 488 GTE “AF CORSE #51″.

Model kerta lumba ini menampilkan banyak ciri-ciri sebenar, termasuk pelbagai pelekat di badan kereta. Rupa garang model kereta ini boleh dilihat pada kehalusan kelengkapan padanya seperti suspension depan belakang, lengkuk aerodinamik, enjin V8 dengan piston bergerak serta stering yang boleh digerakkan.



Keaslian model kereta lumba ini dilengkapkan dengan nombor asal perlumbaan, pelekat-pelekat penaja serta warna cat asli dari Tricolore.

Lego Technic sesuai untuk peminat berusia 18 tahun dan ke atas. Untuk model ini, sebanyak 1,677 elemen Lego Technic digunakan untuk melengkapkan kereta Ferrari 488 GTE berukuran 13cm x 48cm x 21cm ini. Ini adalah model pertama Lego Technic yang dihasilkan dengan kerjasama Ferrari.



Peminat Lego dan Ferrari di Malaysia, boleh membeli Lego Technic Ferrari 488 GTE “AF CORSE #51″ mulai 4 Januari 2021 di semua Stor Berdaftar Lego, Stor Rasmi Lego di Lazada dan Shopee, Legoland serta pusat beli-belah terkemuka di Malaysia. Harga jualannya di Malaysia ialah RM799.90.

Alessandro Pier Guidi, pemandu rasmi Ferrari Competizioni GT berkata, ““Ketika saya masih kecil, saya sering bermain dengan LEGO, jadi ketika saya melihat model Lego Ferrari 488 GTE ini, saya benar-benar kagum, terutamanya melihat beberapa ciri yang dihasilkan semula. Saya harus mengatakan bahawa untuk melihat model LEGO Technic dari sebuah kereta lumba saya dan membawa nama saya, membuat saya berasa sangat bangga.”

Maklumat lanjut tentang model ini boleh didapati di laman produk Lego Technic Ferrari 488 GTE “AF CORSE #51″.

Tags: FerrarilegoLego Technic Ferrari 488 GTE “AF CORSE #51"
Najib

Najib

POPULAR

Bina kereta lumba Ferrari 488 GTE anda menggunakan bata Lego Technic

Bina kereta lumba Ferrari 488 GTE anda menggunakan bata Lego Technic

25 November 2020
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN