• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Menderma ke Zoo Negara melalui program haiwan angkat dalam talian

  • OLEH Fatin Amanina
  • 6:42 pm
  • 26/11/2020
  • Komen
Menderma ke Zoo Negara melalui program haiwan angkat dalam talian
Share on FacebookShare on Twitter

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa sejak 18 Mac lepas, memberi impak kepada Zoo Negara apabila terpaksa menggunakan tabung kecemasannya untuk meneruskan operasi.

Dalam satu temubual media, Timbalan Presiden Zoo Negara Rosly Ahmat Lana berkata, jika masyarakat ingin menyumbang, mereka mengalu-alukan sumbangan itu dengan menyertai kempen ‘Adopt An Animal’ bagi menambahkan pendapatan Zoo Negara.



Pihak Zoo Negara dengan kerjasama Ticket2u, Shopee dan Lazada membuka peluang kepada pencinta haiwan untuk menderma secara dalam talian sekaligus akan membenarkan penderma menyokong inisiatif ‘Adopt An Animal’.

Anda akan dibenarkan memilih dan mengambil haiwan yang disukai menjadi ‘haiwan angkat’ atau adopt. Wang derma tersebut akan digunakan untuk makanan tahunan, penggayaan dan penjagaan veterinar haiwan.



Haiwan untuk adopt:

Terdapat lebih daripada 30 ekor haiwan untuk di adopt. Antaranya ialah:

  • Gajah- Sibol
  • Gajah – Siti
  • Harimau Kumbang – Apoh
  • Harimau Bintang – Dash
  • Harimau Bintang – Flash
  • Harimau Bintang – Panjang
  • Harimau – Kayla
  • Panda – Yiyi
  • Rakun – Romeo
  • Beruang Madu – Mango
  • Kuda – Jenny
  • Tapir – Jessy
  • Badak Sumbu – Lela
  • Monyet – Ben
  • Singa – Samba
  • Zirafah
  • Kumbang Rusa
  • Katak Bertanduk
  • Memerang
  • Capybara
  • Burung Kenyalang
  • Burung Merpati
  • Penguin

Pakej adopt

Ticket2u membuka peluang untuk masyarakat adobt haiwan di Zoo Negara serendah RM25 dan secara serta merta anda boleh memuat turun resit serta e-sijil yang anda perolehi. Terdapat lebih daripada 30 ekor haiwan yang boleh dipilih. Anda juga akan mendapat saguhati berdasarkan amaun yang anda berikan:

  1. RM25 – E-sijil sahaja
  2. RM50 ke atas – E-sijil, 1 baucar Zoo Negara (1 kanak-kanak percuma, ditemani 1 dewasa perlu bayar), penghargaan di laman sesawang Zoo Negara
  3. RM100 ke atas – E-sijil, 2 buku nota Zoo Negara, 2 baucar Zoo Negara (1 kanak-kanak percuma, ditemani 1 dewasa perlu bayar), penghargaan di laman sesawang Zoo Negara
  4. RM200 ke atas – E-sijil, 4 buku nota Zoo Negara, 4 baucar Zoo Negara (1 kanak-kanak percuma, ditemani 1 dewasa perlu bayar), penghargaan di laman sesawang Zoo Negara
  5. RM500 ke atas – E-sijil, 6 buku nota Zoo Negara, 6 baucar Zoo Negara (1 kanak-kanak percuma, ditemani 1 dewasa perlu bayar), penghargaan di laman sesawang Zoo Negara

Cara adopt

  1. Pergi ke laman sesawang ticket2u
  2. Tekan ‘beli tiket sekarang’ (Buy Ticket Now)
  3. Pilih haiwan yang anda ingin adopt dan amaun yang anda ingin dermakan.
  4. Tekan gambar troli sekiranya sudah selesai
  5. Anda akan ditunjukkan ringkasan pesanan, sekiranya tepat anda boleh isi maklumat penderma dan maklumat peserta.
  6. Lakukan pembayaran.

Bayaran derma tertakluk kepada kos pemprosesan dalam talian sebanyak RM1.00.

Cara tebus ganjaran

  1. Setelah berjaya mendaftar, anda akan menerima e-tiket Ticket2U yang dilampirkan melalui alamat e-mel berdaftar. Sekiranya anda tidak menerima e-tiket Ticket2U, sila periksa kotak spam / sampah anda
  2. Muat turun dan tunjukkan e-tiket Ticket2U yang dicetak di Kaunter Tiket Zoo Negara untuk menuntut Baucar Zoo [band pergelangan tangan] atau pek pelengkap, jika layak.

Melalui ticket2u, ganjaran di kaunter tiket Zoo Negara ini sah sehingga 1 Jun 2021 sahaja.

Cara mendapatkan e-sijil

  1. Masuk ke laman sesawang Ticket2u
  2. Klik pada butang ‘E-Certificate’ di bahagian atas halaman
  3. Masukkan nombor e-tiket yang anda perolehi melalui e-mel
  4. Tekan ‘Get E-Certificate’ untuk dapatkan e-sijil

Selain itu, anda juga boleh menderma melalui aplikasi Shopee serendah RM10 sahaja dan Lazada serendah RM25. E-sijil akan dihantar melalui e-mel dalam masa 24 jam.

Dengan menyertai program ini, anda secara tidak langsung dapat membantu menjaga kebajikan haiwan di Zoo Negara. Anda juga boleh berjumpa dengan haiwan yang anda sudah adopt di Zoo Negara. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang Zoo Negara.

[Sumber: Zoo Negara, Ticket2u, Sinar]

Tags: ZOO NEGARA
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
Menderma ke Zoo Negara melalui program haiwan angkat dalam talian

Menderma ke Zoo Negara melalui program haiwan angkat dalam talian

26 November 2020
Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

5 February 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

9 February 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER