• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Internet lemah, siswi daki bukit 20 meter untuk sertai kelas dalam talian

  • OLEH Fatin Amanina
  • 3:43 pm
  • 30/11/2020
  • Komen
Internet lemah, siswi daki bukit 20 meter untuk sertai kelas dalam talian
Share on FacebookShare on Twitter

Masalah capaian internet yang lemah dikawasan pendalaman dilihat tiada kesudahan. Masih ramai golongan yang tercicir dari mendapatkan perkhidmatan internet yang memuaskan. Golongan pelajar adalah antara yang amat terkesan dengan situasi ini, bagi mengikuti kelas dalam talian mereka amat memerlukan capaian internet yang baik.

Liputan internet yang lemah, membuatkan mereka mencari pelbagai inisiatif untuk turut serta dalam kelas atas talian. Terbaharu, pelajar ini sanggup mendaki bukit setinggi 20 meter di belakang rumah hanya untuk mengikuti kelas secara dalam talian berikutan liputan komunikasi di kawasan kediamannya lemah.



Sumber: Awani

Nurlieda Khaleeda Mohd Azmi, 20 dari Kampung Bukit Petai Tujuh di Tanah Merah, Kelantan tiada pilihan lain untuk mendapatkan rangkaian internet yang baik. Hanya di atas bukit itulah satu-satunya lokasi paling dekat untuk mendapatkan liputan internet walaupun adakalanya terdapat sedikit gangguan.

Ayah pasang khemah

Bapanya, Mohd Azmi Ahmad, 48, sudah cuba meletakkan modem WiFi di sebuah tiang yang dipacak di atas bukit belakang rumah, namun liputan tetap tidak diterima di kawasan rumahnya.



Oleh itu, bapanya mengambil inisiatif memasang khemah di atas bukit tersebut kira-kira 30 meter dari rumah untuk memudahkan Nurlieda menjawab peperiksaan dan mengikuti kelas dalam talian.

Sumber: Sinar

Tertekan internet lemah

Pelajar Universiti Malaya (UM) Pelajar jurusan Teknologi Maklmal Perubatan itu berkata, sebelum khemah tersebut dipasang, Nurlieda perlu ke bandar Tanah Merah Baru yang terletak lebih tiga kilometer dari rumahnya untuk belajar. Namun disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 21 Nov lepas, dia tidak dapat ke bandar lagi.

Berikutan internet yang lemah, Nurlieda akui berasa agak tertekan dengan rangkaian Internet di kampungnya itu. Dia turut bimbang jika capaian internet terputus ketika menjawab peperiksaan kerana dia perlu menjawab semula soalan dan tiada masa tambahan diberikan. Malah, dia perlu menggunakan kamera telefon bimbit bagi memudahkan pensyarah memantaunya secara langsung dalam talian.

Menurut bapanya, seorang lagi anak, Muhammad Amien Khalielee pelajar Universiti Teknologi Mara Terengganu turut belajar di khemah yang sama. Dia akan menyiapkan tugasan diberikan pensyarah di situ berikutan itu sahaja lokasi terdekat untuk mendapatkan akses internet yang baik.

Sumber: Sinar

Bukan itu sahaja, ada segelintir penduduk yang membina pondok di atas pokok dengan ketinggian lebih lima meter di kawasan sama untuk menggunakan internet sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula.

5 kampung turut alami masalah sama

Menurut sumber, masalah capaian internet ini bukan sahaja dialami oleh Nurlieda. Malah lima lagi kampung lain berdekatan turut mengalami nasib gangguan liputan komunikasi antaranya ialah Kampung Mengat, Degong, Che Nakaf, Jerangau Dalam dan Jerangau Luar. Kebanyakan mereka perlu keluar ke kawasan lain untuk mendapatkan capaian internet yang stabil.

Oleh kerana internet merupakan satu keperluan, maka, masalah ini bukanlah satu masalah yang biasa. Ianya perlu diselesaikan dengan segera dek kerana telah menyusahkan ramai pihak khususnya golongan pelajar.

Kampung Gusi, Sabah terima satelit VSAT untuk sambungan internet selepas pelajar jatuh jambatan

Salah satu penyelesaian sementara yang boleh dilakukan ialah dengan memasang teknologi VSAT di kawasan yang terlibat, sama seperti yang dilakukan di Kampung Gusi, Sabah. Pihak telekomunikasi boleh melakukan inisiatif ini bagi memastikan masyarakat sentiasa berhubung dengan menggunakan internet meskipun berada di kawasan pendalaman.

[Sumber: Bernama, Sinar, BH]

Tags: Internet lemahSKMM
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Internet lemah, siswi daki bukit 20 meter untuk sertai kelas dalam talian

Internet lemah, siswi daki bukit 20 meter untuk sertai kelas dalam talian

30 November 2020
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER