• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kampung Gusi, Sabah terima satelit VSAT untuk sambungan internet selepas pelajar jatuh jambatan

  • OLEH Fatin Amanina
  • 12:07 pm
  • 30/11/2020
  • Komen
Kampung Gusi, Sabah terima satelit VSAT untuk sambungan internet selepas pelajar jatuh jambatan
Share on FacebookShare on Twitter

Tragedi 3 pelajar terjatuh dari jambatan gantung di Kampung Gusi, Ranau Sabah untuk mendapatkan capaian internet tempoh hari mendapat perhatian ramai pihak termasuklah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Menurut SKMM, sebagai penyelesaian sementara, Common Tower Technologies Sdn Bhd (CTT) selaku State Backed Company atau syarikat yang disokong kerajaan negeri Sabah akan menyediakan perkhidmatan jalur lebar kepada Kampung Gusi melalui tekonologi stesen satelit mini (VSAT).



Pengurus besar CTT, Law Chun Ming mengesahkan, pemasangan VSAT akan dilaksanakan selewat-lewatnya pada 15 Disember 2020. Inisiatif tersebut adalah tanggungjawab sosial korporat (CSR) CTT kepada penduduk Kampung Gusi.

Selain itu, 3 menara telekomunikasi akan dibina berhampiran Kampung Gusi di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) bagi memperluas liputan dan mempertingkat kualiti perkhidmatan jalur lebar. Lokasi itu dinyatakan dalam dokumen tender yang dikeluarkan oleh SKMM pada 20 November lalu.



Diharapkan agar inisiatif yang dilakukan ini dapat membantu dalam memberikan capaian internet yang baik buat semua penduduk di Kampung Gusi, Ranau Sabah.

Pada 29 November, Pengarah SKMM Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan Izani Othman telah berjumpa dengan Ketua Kampung Gusi bagi mendapatkan gambaran keadaan terkini 3 pelajar yang terjatuh ketika cuba mendapatkan rangkaian internet beberapa hari lalu.

[Sumber: SKMM, Metro]

Tags: SKMM
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Kampung Gusi, Sabah terima satelit VSAT untuk sambungan internet selepas pelajar jatuh jambatan

Kampung Gusi, Sabah terima satelit VSAT untuk sambungan internet selepas pelajar jatuh jambatan

30 November 2020
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN