• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei ingin kuasai takhta DxOMark dengan lensa kamera berasaskan cecair

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:02 pm
  • 30/11/2020
  • Komen
Hands-on Huawei P40 Pro: Hanya untuk yang berjiwa kental
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei dilapor sedang menguji penggunaan lensa berasaskan cecair dalam telefon flagship tahun 2021 mereka.  Dalam satu entri artikel daripada Antutu.com, ia bakal memberikan prestasi pemfokuskan lebih tinggi daripada teknologi sedia ada. Dalam artikel yang sama, Huawei juga berhadap boleh terus menjadi pesaing yang berikan cabaran hebat pada yang lain dalam skor DxOMark.

Huawei P30 Pro, antara yang pertama guna lensa periskopik

Walau bagaimanapun, tiada maklumat khusus dikongsikan tentang aplikasi teknologi ini pada telefon. Spekulasi paling kuat mengatakan yang ia bakal digunakan pada kamera telefoto. Jika ya, makanya teknologi lensa periskopik mungkin akan disisihkan.



Lensa berasaskan cecair telah ada dalam industri sejak tahun 1995 lagi apabila kajiannya dijalankan oleh seorang saintis Perancis, Bruno Berge. Namun, hasil kajiannya banyak digunakan dalam lapangan industri dan bukannya elektronik biasa.

Asasnya, lensa berasaskan cecair menggunakan konsep electrowetting. Electrowetting adalah kajian kesan elektrik terhadap cecair. Menggunakan elektrik, bentuk titisan air boleh dimanipulasikan untuk mencapai bentuk tertentu. Dalam optik, bentuk kanta boleh mempengaruhi jarak fokal ataupun dalam bahasa mudahnya, jarak zum.



Manfaat lensa berasaskan cecair berbanding lensa kaca konvesional adalah, lensa cecair adalah versatil kerana boleh berubah bentuk dan menjimatkan ruang. Misalnya, kalau kamera tersebut memerlukan beberapa keping lensa untuk capai jarak fokal tertentu, hasil yang sama boleh dicapai dengan menukar bentuk lensa menggunakan elektrik.

Corning ada produk lensa sebegini yang dipanggil mereka sebagai Varioptics. Namun, tidaklah diketahui sama ada inilah komponen yang akan digunakan Huawei.

https://www.youtube.com/watch?v=tOEyxavTiGw&ab_channel=CorningIncorporated

[Sumber: GSMArena]

Tags: Huaweikamera
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Hands-on Huawei P40 Pro: Hanya untuk yang berjiwa kental

Huawei ingin kuasai takhta DxOMark dengan lensa kamera berasaskan cecair

30 November 2020
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN