• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Terbang bersama Malaysia Airlines dan nikmati potongan sehingga RM200

  • OLEH Fatin Amanina
  • 7:46 pm
  • 30/11/2020
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, AirAsia ada menawarkan e-baucar berjumlah RM50 terhad kepada 24,000 penumpangnya. Akan tetapi saingannya, Malaysia Airlines tidak ketinggalan dalam menawarkan promosi kepada penumpangnya juga.

Malaysia Airlines mengadakan kempen Stimulus Cuti-Cuti Malaysia yang membolehkan penumpangnya menerima diskaun sehingga RM200.



Kempen Stimulus Cuti-Cuti Malaysia ini merupakan satu insentif oleh Kerajaan Malaysia dan Malaysia Airlines untuk mempromosikan perjalanan dan pelancongan di dalam negara. Kempen ini berlangsung dari 23 November yang lalu sehinggan 30 Disember 2020. Penerbangan boleh dilakukan sehingga 30 Jun 2021​.

Dalam program ini, rakyat Malaysia boleh menikmati sehingga RM200 potongan apabila membeli penerbangan di mana-mana destinasi di Malaysia. Penumpang boleh mendapat potongan RM50 untuk satu hala dan potongan sehingga RM200 untuk setiap penumpang.



Contohnya, penumpang menaiki kapal terbang dari Pulau Pinang ke Kuantan melalui KL, ia adalah dua hala berjumlah RM100 diskaun. Sekiranya ini termasuk perjalanan pulang, anda boleh menuntut diskaun sehingga RM200. Namun begitu, untuk mendapatkannya anda perlu menjadi ahli Enrich terlebih dahulu.

Sekiranya terdapat banyak penumpang dalam satu tempahan, setiap penumpang berhak mendapat diskaun sehingga RM200.

Sekiranya anda bukan ahli Enrich, anda boleh daftar sekarang dan dapatkan baucar Temptations RM20, ditambah 500 mata Enrich Miles. Malah, anda akan dapat tambahan 500 mata bonus Enrich Miles apabila anda menempah perjalanan di bawah kempen ini.

Maka jumlah mata Enrich Miles yang terkumpul ialah 1000 untuk individu yang baru mendaftar. Mata ganjaran ini akan dikreditkan selepas selesai penerbangan.

Namun begitu, potongan harga atau insentif ini tidak sah untuk bayi. Oleh itu, ibu bapa atau penjaga perlu menambahkan bilangan bayi untuk membuat tempahan di peringkat pemilihan destinasi. Tambang standard untuk bayi akan dikenakan.

Cara menebus

  1. Log masuk atau daftar ke akaun Enrich dengan kod promo ENRNEW20 untuk mendapatkan hadiah selamat datang (welcome reward) iaitu 500 mata Enrich Miles.
  2. Isi maklumat anda dan lampirkan foto kad pengenalan Malaysia anda.
  3. Pesan penerbangan anda dan nikmati sehingga RM200 potongan diskaun.

Setiap penumpang boleh menebus diskaun ini sekali sahaja. Semua penerbangan mesti ditempah di laman sesawang ini. Sebarang tempahan dibuat melalui pusat panggilan, ejen pelancongan, aplikasi mudah alih atau laman web tidak layak untuk menyertai kempen ini.

Jika anda merindui momen-momen melancong, maka rebutlah peluang ini dengan segera. Sebarang maklumat lanjut anda boleh ke laman sesawang Malaysia Airlines, laman sosial rasminya di Facebook, Instagram dan Twitter.

[Sumber: MAS]

Tags: Malaysia Airlines
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Terbang bersama Malaysia Airlines dan nikmati potongan sehingga RM200

30 November 2020
Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

10 September 2026
Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

10 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026
Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

7 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN