• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

iPhone 2022 katanya akan gunakan lensa periskop untuk beri jarak zum 10x optikal

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:17 pm
  • 01/12/2020
  • Komen
4 Game Sangat Menarik Dimainkan di iPhone
Share on FacebookShare on Twitter

iPhone 2021 pun masih belum dengar khabar, orang dah mula bercerita tentang iPhone 2022. Macam biasa, anda boleh jangkakan penambahbaikan padanya, tapi berita ini khusus buat kamera iPhone 2022 kelak.

iPhone 12 Pro Max ada zum optikal 2.5x manakala 12 Pro ada zum optikal 2.0x

Ada laporan menyatakan yang akan ada kamera periskopik pada iPhone 2022 nanti. Kalau anda tak pernah nampak kamera periskop, ia ada pada telefon macam Huawei P40 Pro, Realme X3 Superzoom, dan beberapa lagi telefon lain. Cara nak kenal pasti lensa periskopik adalah pada bukaan lensa yang berbentuk petak berbanding bulat.



Cara komponen lensa perisopik berfungsi

Macam mana berita ini boleh timbul?

Syarikat yang bernama SEMCO (Samsung Electro-Machanics) dari Korea Selatan dan Sunny Optical dari China dikesan telah/bakal menyertai kelompok yang membekalkan komponen iPhone.



Realme X3 Superzoom pun ada lensa periskopik

iPhone 12 sekarang sudahpun gunakan mekanisme autofokus daripada SEMCO, manakala Sunny Optical adalah pengeluar lensa periskop yang digunakan dalam telefon seawal Huawei P30 Pro.

Agak munasabah untuk Apple menggunakan teknologi periskop selepas beberapa tahun ia “matang” dalam ekosistem Android. Sudah tentu anda boleh agak yang implementasinya akan lebih lancar dan intuitif.

iPhone 12 Pro Max, telefon terbaru mereka kini dilengkapi lensa zum yang menjangkau jarak 2.5x optikal.

[Sumber: 9to5Mac]

Tags: appleiphone
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
4 Game Sangat Menarik Dimainkan di iPhone

iPhone 2022 katanya akan gunakan lensa periskop untuk beri jarak zum 10x optikal

1 December 2020
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

18 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN