• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Selepas isu cabotage, gergasi IT mungkin perlu nilai semula pelaburan mereka dalam Malaysia

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:49 pm
  • 02/12/2020
  • Komen
Anda Bakal Nikmati Internet Terpantas Di Asia Tenggara Sebelum 2022
Share on FacebookShare on Twitter

Kementerian Pengangkutan yang kini di bawah YB Wee Ka Siong telah dikritik atas keputusan mereka untuk memansuhkan pengecualian cabotage keatas kapal yang lakukan kerja selenggara kabel dasar laut.

Menteri Pengangkutan “kena goreng” disebabkan isu Internet negara

Rentetan daripada perkara tersebut, beberapa gergasi IT seperti Facebook, Google, Microsoft, dan Malaysia Internet Exchange (MyIX) telah menghantar memorandum kepada Perdana Menteri untuknya campur tangan dalam hal ini.



Facebook, Google, Microsoft, dan MyIX persoal keupayaan Malaysia baiki kabel dasar laut?

Bekas Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke, dan bekas Menteri Kemunikasi dan Multimedia, YB Gobind Singh di dalam Parlimen  telah menjelaskan mengapa pihak mereka memberikan pengecualian cabotage. Sebabnya adalah negara kita tidak miliki kepakaran dan peralatan yang secukupnya dan tempoh yang terlalu panjang (27 hari) diambil untuk menyelesaikan masalah kerosakan kabel dasar laut.

Pengecualian cabotage boleh memendekkan tempoh selenggara dan telah pun menarik pelabur asing datang ke Malaysia.



eDSL diperkenal bagi melicinkan proses permohonan permit

Sumber

Pada 25 November 2020, YB Wee telah mengetuai sesi dialog bersama Facebook, Google, Microsoft, dan MyIX bagi memperjelas situasi cabotage ini kepada mereka. Beliau jelaskan bahawa pemansuhan pengecualian cabotage adalah disebabkan:

  • Untuk kurangkan aliran keluar wang negara ke pihak luar
  • Untuk kurangkan kebergantungan kepada kapal luar
  • Memacu pertumbuhan industri perkapalan tempatan
  • Memupuk pertumbuhan kepakaran tempatan
  • Melindungi kedaulatan perairan Malaysia

Polisi Cabotage diperkenalkan di Malaysia dalam tahun 1980. Di bawah polisi tersebut, kapal dengan pendaftaran luar memerlukan Domestic Shipping License (DSL) dan ia boleh dimohon secara dalam talian.

Sumber

Menurut YB Wee, eDSL akan kurangkan proses permohonan daripada 30 hari kepada 5 hari jika tiada masalah. Walau bagaimanapun, pihak Persatuan Pemilik Kapal Malaysia (MASA) perlu pastikan yang memang tiada kapal yang sesuai untuk jalankan baik pulih.

Gergasi IT masih suarakan kebimbangan

Menurut laporan The Edge Malaysia yang bertarikh 29 November 2020, ada sebilangan gergasi IT masih tidak berpuas hati dengan polisi baru ini. Salah satu daripada gergasi IT yang menyertai sesi dialog itu menyatakan hasrat untuk mempertimbang semula pelaburan mereka dalam Malaysia.

Ada juga yang menyatakan yang cabotage ialah polisi lapuk yang perlu dikemas kini kerana asalnya ia dikenakan untuk kapal penumpang dan kapal pengangkut. Masa ini terdapat pelbagai jenis kapal untk macam-macam kegunaan.

The Edge juga turut berkongsi satu penulisan daripada Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) yang bertajuk “Malaysia International Connectivity: Impact of Cabotage Policy on Submarina Cable Operations and Invesment.”

Antara kandungannya adalah kenapa industri Internet Malaysia tertinggal di belakang negara seperti Singapura. Sebabnya adlaah negara kita bukanlah hub transit yang menyambungkan Lautan Hindi dan Pasifik. Perkara ini juga telah diketengahkan oleh Telekom Malaysia dan Time DotCom.

Dalam laporan MDEC tersebut juga menyentuh hal ketiadaan kapal yang ada kelengkapan DP2 (Dynamic Position Class 2), hal yang sama diutarakan oleh YB Anthony dalam satu sidang Parlimen.

Masalah juga timbul jika MASA menghalang kerajaan mengeluarkan permit DSL kepada kapal luar dengan alasan untuk beri peluang kepada kapal tempatan sedangkan Malaysia terbukti tiada kapal yang diperlukan setakat ini.

Kapal dengan kelengkapan DP2 masih tiada di Malaysia

Menurut The Edge Malaysia juga, pemain industri yang menceburkan diri dalam bidang membaiki kabel dasar laut menyatakan yang tidak berbaloi untuk miliki kapal membaiki kerana tempoh pulangan pelaburan yang terlalu lama akibat kerosakan yang jarang-jarang berlaku.

Sudahnya, kapal menghabiskan masa berlabuh di pelabuhan berbanding pergi bekerja.

Cable Orchestra – Sumber

Di Malaysia, memang ada organisasi yang mampu lakukan baik pulih kabel dasar laut seperti Dagang NeXchange Bhd., Optic Marine Services Sdn. Bhd. (OMS), dan iFactors Sdn. Bhd. Walau bagaimanapun, kita cuma miliki 1 kapal berpendaftaran tempatan.

Kapal yang bernama Cable Orchestra cuma dilengkapi sistem Dynamic Positioning Class 1 (DP1) sedangkan kebanyakkan kerosakan berlaku di kawasan yang perlukan kapal DP2.

Kapal DP2 adalah kapal yang dilengkapi sistem apungan yang bolehkan ia kekal di satu titik koordinat dengan bantuan penujah khas yang berada di sekeliling kapal. DP2 lebih berkuasa dan sesuai untuk lakukan kerja di lautan yang badainya lebih ganas.

[Sumber: SoyaCincau]

Tags: cabotage
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Anda Bakal Nikmati Internet Terpantas Di Asia Tenggara Sebelum 2022

Selepas isu cabotage, gergasi IT mungkin perlu nilai semula pelaburan mereka dalam Malaysia

2 December 2020
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER