Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Mac, 2021

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Facebook, Google, Microsoft, dan MyIX persoal keupayaan Malaysia baiki kabel dasar laut?

Tahukah anda yang ada 22 jalinan kabel dasar laut mendarat di serata negara kita dan cuma ada satu “kapal” sahaja yang miliki keupayaan membaikinya jika ada apa-apa kerosakan berlaku?

Sebab itulah beberapa pihak seperti Facebook, Google, Microsoft, dan MyIX telah mempersoalkan kewajaran pemansuhan pengecualian cabotage terhadap kapal membaiki kabel dasar laut oleh Kementerian Pengangkutan di bawah kendalian YB Wee Ka Siong.

Kalau anda nak tahu lebih lanjut tentang cabotage, anda boleh rujuk artikel terdahulu.

Berdasarkan memo yang ditandatangani bersama keempat-empat pihak tersebut, mereka memohon Perdana Menteri agar mempertimbang semula keputusan ini kerana ia memberi kesan kepada landskap Internet negara.

Mereka juga menyuarakan tentang keupayaan negara menyelenggara kabel dasar laut kerana “kapal” yang ada sekarang bukanlah kapal pun. Ia sebenarnya tongkang tanpa enjin yang perlu ditunda ke lokasi yang dituju. Keupayaannya terhad kepada pekerjaan di perairan cetek sahaja.

Sebab itu dalam bulan April 2019, Kementerian Pengangkutan yang ketika itu dipegang oleh YB Anthony Loke telah mengecualikan polisi cabotage keatas kapal berpendaftaran luar untuk masuk ke perairan Malaysia untuk lakukan tugasan selenggara.

Hal ini kerana, frekuensi baik pulih kabel dasar laut di negara kita meningkat sekali ganda antara 2010-2014 dan 2015-2019. Pengecualian cabotage memendekkan masa selenggara daripada purata 27 hari kepada 14 hari sahaja.

Walau bagaimanapun, ada pihak yang menyokong pemansuhan ini. Pihak Persatuan Pemilik Kapal Mlaaysia (MASA) telah menghantar memo ucapan terima kasih kepada kerajaan kerana telah melindungi industri perkapalan negara.

Menurut mereka juga, terdapat syarikat tempatan sedang membangunkan kapal yang lebih sesuai untuk tujuan selenggara. Adakah sudah terhantuk baru tengadah?

BACA  Kerajaan lanjutkan PKPB di Selangor, Kuala Lumpur & Sabah sehingga 14 Januari 2021