• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

MySejahtera “jarah data” peribadi anda? Ini apa yang boleh anda lakukan

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:59 pm
  • 02/12/2020
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Data yang dikumpul menggunakan APP MySejahtera tertakluk kepada undang-undang di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) (APDP 2010).

Tapi tahukah anda yang Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri tidak tertakluk kepada akta ini?



Makanya mereka tidak boleh didakwa di mahkamah menggunakan akta ini, terpaksalah anda cari peruntukan lain untuk heret dua entiti ini ke mahkamah sekiranya anda syak ada penyalahgunaan data peribadi oleh mereka.

Petikan daripada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709)

Kalau tak dilindungi APDP 2010, kenapa perlu umumkan sedemikian dalam halaman Dasar Privasi MySejahtera? Hal ini kerana menurut halaman tersebut, MySejahtera “dimiliki dan dikendalikan oleh Kerajaan Malaysia”.



Aplikasi MySejahtera di telefon pintar

Ada satu video YouTube yang hebohkan penggunaan laman web Exodus untuk periksa jenis permission (kebenaran) yang anda telah berikan pada APP MySejahtera dan dia beri amaran untuk berjaga-jaga dengan MySejahtera kerana ada terlalu banyak kebenaran.

Tapi saya tak perlu pun rujuk laman web itu sebab dekat telefon anda sendiri pun anda boleh tahu, apakah data yang boleh dan tak boleh diakses MySejahtera.

Gambar di atas adalah senarai permission yang diperlukan APP ini. Saya dapati ia cumalah kebenaran biasa yang diperlukan untuk pastikan APP berfungsi. MySejahtera perlukan akses kamera untuk anda imbas kod QR sebelum memasuki sesuatu premis.

Kebenaran akses lokasi pula untuk anda gunakan fungsi mencari titik panas COVID-19. Kebenaran untuk akses storan diperlukan bila anda ingin muat turun infografik dalam APP tersebut, manakala kebenaran ke atas fungsi telefoni diperlukan untuk menggunakan ciri Clinic Appointment Booking.

Ya, tahukah anda yang janji temu klinik dan hospital boleh dilakukan terus melalui APP MySejahtera?

Kerajaan salah guna data MySejahtera?

Setakat ini, masih tiada sebarang bukti penyalahgunaan data MySejahtera untuk kepentingan tertentu. Ketua Pengarah Kesihatan sendiri menafikan dakwaan pengesanan 400 individu yang lari daripada kuarantin wajib adalah hasil penggunaan data daripada MySejahtera.

Ia sebaliknya hasil kerjasama pihak polis yang lakukan risikan.

Tiada apa yang boleh menghalang kerajaan daripada menyalahgunakan data yang dikumpul melalui MySejahtera. Sebab itu rakyat perlu pastikan individu yang memegang kuasa adalah daripada yang amanah.

Isu kerajaan salah guna adalah satu perkara, tapi yang lebih penting keselamatan data yang dipegang kerajaan daripada diceroboh. Misalnya, kami pernah laporkan data pelanggan Shopback tertiris di Internet dan telah pun disiasat oleh Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia.

Pihak berkuasa sedang pantau insiden kebocoran data peribadi daripada ShopBack

Penyedia perkhidmatan penerbangan Malindo Air juga pernah mengalami kecurian data dalam bulan September 2019 lalu dan data itu dijual di pasaran gelap.

Data Penumpang Malindo Air Dan Dua Syarikat Pengangkut Sedia Dibeli Secara Haram Akibat Kebocoran

Apa yang boleh anda lakukan?

Di Android dan iOS sekurang-kurangnya, saya boleh matikan hampir semua kebenaran terhadap APP MySejahtara. Saya matikan kebenaran untuk akses kamera, lokasi, storan dan telefoni. Kalau anda masih ingin daftar masuk guna MySejathera, anda boleh saja berikan kebenaran kamera tanpa kebenaran lokasi.

Satu lagi adalah dengan meletakkan sepenuh kepercayaan kepada kerajaan. Perkara ini telah pun dibangkitkan dalam parlimen pada 19 November 2020 lalu.

Jawapan yang diberikan oleh pihak kerajaan adalah data yang dihimpun menerusi aplikasi MySejahtera adalah milik sepenuhnya Kementerian Kesihatan Malaysia dan dikawal selia oleh Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Data ini juga diuruskan menggunkan Akta Kawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Perubatan 1971.

Tags: keselamatanmalaysiamysejahtera
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

MySejahtera “jarah data” peribadi anda? Ini apa yang boleh anda lakukan

2 December 2020
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER