• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Data Penumpang Malindo Air Dan Dua Syarikat Pengangkut Sedia Dibeli Secara Haram Akibat Kebocoran

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:10 am
  • 19/09/2019
  • Komen
Data Penumpang Malindo Air Dan Dua Syarikat Pengangkut Sedia Dibeli Secara Haram Akibat Kebocoran
Share on FacebookShare on Twitter

Dua minggu sudah, KLIA mengalami gangguan sistem yang amat parah sehinggakan ia jadi separuh lumpuh. Walaupun tiada bukti kukuh, ada pihak yang menganggap ia adalah perbuatan jenayah siber. Terbaru, syarikat penerbangan Malindo Air mengesahkan tentang berlakunya pencerobohan data maklumat panumpangnya yang mereka temui dua minggu lalu.

Ia berikutan terdapat sejumlah fail yang mengandungi data penumpang Malindo Air seperti nombor passport, alamat rumah dan nombor telefon sedia dimuat turun di Dark Web. Perkara itu ditemui oleh sekumpulan penganalisis keselamatan di Technisanct dan terus dimaklumkannya kepada pihak terlibat.



Di pihak Malindo Air, mereka sudahpun menjalankan sisatan menyeluruh dan berhubung dengan pihak MCMC untuk mengelakkan perkara yang sama berulang. Sekiranya anda gusar tentang maklumat kad kredit terbocor, Malindo Air mengatakan yang maklumat itu disimpan di server lain, tidak disekalikan dengan yang di-hack.

Servis awan yang digunakan Malindo Air untuk menyimpan data

Data Malindo Air yang ditiriskan itu semuanya disimpan di awan menggunakan servis Amazon Web Services (AWS) S3. Selain Malindo Air, dua lagi pengendali turut menerima nasib yang serupa iaitu Batik Air, dan Thai Lion Air.



Menurut Michael Petit dari Check Point Software Technologies Ltd, ada beberapa langkah yang boleh diambil oleh pengguna perkhidmatan seperti ini untuk menyimpan data agar keselamatan terjamin.

Yang pertama adalah, mereka perlulah melakukan audit keselamatan dengan lebih kerap dek pihak sebegini mengendalikan data superbesar dan setiap hari jumlahnya bertambah. Kemudian, jika mereka tiada kemapuan untuk lakukan sedemikian, terdapat pihka ketiga yang menyediakan penyelesaian keselmatan siber yang automatik untuk meminimumkan ralat manusia.

Sumber: South China Morning Post

Tags: batik airkeselamatanmalindo airthai lion air
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

HONOR Magic4 Pro: Terbaik dalam julat harganya

HONOR Magic4 Pro: Terbaik dalam julat harganya

28 Jun 2022
Malaysia kekalkan konsep 5G tunggal, akan beri 70% pegangan DNB kepada syarikat telekomunikasi

6 telco akan muktamadkan perjanjian 5G awal Julai, DNB beri diskaun sehingga liputan 80% tercapai

30 Jun 2022
Polis dan KKM tak cukup untuk pantau pematuhan SOP COVID-19, kerajaan akan tubuhkan pasukan baharu

Annuar Musa: Penjualan pegangan DNB kepada 6 telco akan muktamad pada 8 Julai

1 Julai 2022
[REVIU] Kenapa Jangan Beli POCO F4 GT?

[REVIU] Kenapa Jangan Beli POCO F4 GT?

27 Jun 2022
Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

24 Jun 2022
Logo Hari Kebangsaan ke-65 bertemakan Wi-Fi?

Logo Hari Kebangsaan ke-65 bertemakan Wi-Fi?

1 Julai 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER