• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Acer

Acer umum laptop Nitro 16 baharu dengan Ryzen 9, serta konsol penstriman Nitro Blaze Link

  • OLEH Putra Aziz
  • 11:07 pm
  • 31/05/2026
  • Komen
Acer umum laptop Nitro 16 baharu dengan Ryzen 9, serta konsol penstriman Nitro Blaze Link
Share on FacebookShare on Twitter

Selain Predator Helios 18 AI, Acer turut mengumumkan dua peranti gaming baharu dalam barisan Nitro, iaitu laptop Acer Nitro 16 yang dikemas kini dan sebuah peranti konsol baharu dikenali sebagai Nitro Blaze Link.

Nitro 16 hadir sebagai naik taraf kepada model sebelumnya dengan cip lebih baharu, paparan lebih pantas dan GPU lebih berkuasa. Sementara itu, Nitro Blaze Link pula membawa pendekatan berbeza sebagai peranti penstriman gaming, seakan konsep yang digunakan pada PlayStation Portal, dan berbeza daripada konsol mudah alih Nitro Blaze 7 yang dilancarkan sebelum ini.



Acer Nitro 16

Nitro 16 baharu ini dikuasakan cip AMD Ryzen 9 9955HX3D, dan menurut Acer, ini menjadikannya laptop gaming pertama mereka yang menggunakan cip tersebut. Cip ini menggunakan teknologi generasi kedua AMD 3D V-Cache untuk prestasi gaming mudah alih yang lebih tinggi. Selain tu, ia juga tersedia dalam pilihan AMD Ryzen 9 9955HX untuk konfigurasi yang lebih rendah.

Dari segi GPU, laptop ini hadir dengan pilihan sehingga NVIDIA GeForce RTX 5070 Ti Laptop dengan VRAM GDDR7 12GB. Ia turut menyokong RAM sehingga 32GB serta dua slot SSD PCIe Gen 4 yang boleh memuatkan storan sehingga 2TB.



Skrin laptop ini menggunakan panel berukuran 16″ WQXGA (2560×1600), dengan kadar segar semula pantas sehingga 240Hz, masa tindak balas serendah 3ms dan cakupan warna 100% DCI-P3. Sokongan NVIDIA Advanced Optimus dan G-SYNC turut disertakan untuk pengalaman gaming lebih lancar.

Untuk pastikan suhu terjaga semasa sesi gaming berat, Nitro 16 hadir dengan sistem penyejukan dwikipas dengan empat saluran udara ditambah vector heat pipe. Sambungan pada laptop merangkumi:

  • 1x USB-C (USB4)
  • 2x USB-A (USB 3.2 Gen 2)
  • HDMI 2.1
  • Slot mikroSD
  • Jek audio
  • RJ-45
  • WiFi 6E, Bluetooth 5.3, Intel Killer Ethernet E3100G

Laptop ini turut hadir dengan papan kekunci RGB dengan 4-zon dan kamera FHD IR dengan sokongan Acer PurifiedView untuk panggilan video yang lebih jelas. Pengguna juga boleh mengawal prestasi dan sistem melalui perisian Acer NitroSense. Bateri dimuatkan dalam laptop berkapasiti 92Wh dan berat keseluruhan 2.5kg.

Acer Nitro Blaze Link

Nitro Blaze Llink mungkin kelihatan seperti konsol gaming biasa. Tetapi sebenarnya ia merupakan peranti yang direka untuk menstrim permainan terus dari laptop atau PC.

Disebabkan fungsi konsol ini hanya untuk menstrim permainan, Nitro Blaze Link hadir dengan spesifikasi asas seperti cip Realtek RTD1619BPB, RAM 1GB LPDDR4 dan storan eMMC 8GB, serta menjalankan sistem operasi Linux berasaskan Debian. Acer menyatakan ia direka untuk dipadankan dengan Predator Helios 18 AI atau Nitro 16 melalui WiFi 6, tetapi sebenarnya ia boleh digunakan dengan kebanyakan PC atau laptop lain juga.

Skrin hadapannya berukuran 7″ WUXGA (1920×1200) dengan sokongan sentuhan 5 titik. Dari segi kawalan, ia lengkap dengan semua butang yang anda boleh jangka ada pada sebuah konsol pegang, seperti butang ABXY, D-Pad, joystick kiri dan kanan, butang trigger, bumper, serta butang tambahan sepert Home, Start, Back dan Overlay widget.

Beratnya hanya 464g, dan direka dengan grip ergonomik dan agihan berat yang seimbang untuk penggunaan lebih selesa. Ia menggunakan bateri 18Wh dan dilengkapi dua pembesar suara 2W.

Ketersediaan Acer Nitro 16 dan Nitro Blaze Link

Buat masa ini, harga rasmi untuk Acer Nitro 16 dan Nitro Blaze Link masih belum diumumkan.

Namun, Acer Nitro 16 dijangka mula ditawarkan di Amerika Utara dan EMEA pada Ogos 2026, manakala Nitro Blaze Link pula akan tersedia di Amerika Utara pada suku keempat 2026.

Maklumat mengenai ketersediaan di Malaysia masih belum diumumkan setakat ini

Tags: AcerAcer Malaysiaacer nitro 16Acer Nitro Blaze Link
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Acer umum laptop Nitro 16 baharu dengan Ryzen 9, serta konsol penstriman Nitro Blaze Link

Acer umum laptop Nitro 16 baharu dengan Ryzen 9, serta konsol penstriman Nitro Blaze Link

31 May 2026
Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

13 July 2026
GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

13 July 2026
Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

16 July 2026
Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

17 July 2026
Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

6 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN