• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sandisk Extreme Pro, storan SSD mudahalih yang tahan lasak, kalis air dan super pantas

  • OLEH Najib
  • 12:13 pm
  • 02/12/2020
  • Komen
Sandisk Extreme Pro, storan SSD mudahalih yang tahan lasak, kalis air dan super pantas
Share on FacebookShare on Twitter

Dunia digital yang semakin meluas, tidak sahaja memerlukan internet berkelajuan tinggi tetapi juga tempat menyimpan data yang boleh dipercayai. Western Digital (WD) adalah satu jenama storan yang digunakan secara meluas di dunia, kini tampil dengan storan SSD mudahalih yang tahan lasak dan sangat pantas, Sandisk Extreme dan Sandisk Extreme Pro generasi kedua.

Storan SSD ini direka untuk memenuhi keperluan dan permintaan dari peminat serta jurugambar dan juruvideo profesional, yang memerlukan tempat penyimpanan kandungan digital berkualiti tinggi mereka. Di samping itu, ia juga mestilah diyakini keselamatannya serta mampu menyaingi gaya hidup digital yang serba pantas.



Sandisk Extreme Pro V2 Portable SSD

Badan storan Sandisk Extreme Pro diperbuat dari aluminium agar ia mampu mengalirkan haba dengan baik pada waktu sibuk. Badan ini turut dilapisi dengan silikon tahan lasak untuk tugasan kasar dan tekanan berat yang boleh tertimpa di saat tak terduga.

Ujian WD mendapati storan ini mampu menahan hentakan apabila jatuh dari setinggi 2 meter, serta kalis air dan debu IP55. Bagi menambah lapisan keselamatan, WD turut menyertakan perlindungan menggunakan kata kunci, serta penyulitan enkripsi perkakas AES 256-bit.



Sebagai storan SSD NVMe, Sandisk Extreme Pro memiliki kelajuan membaca dan menulis sehingga 2,000Mb/s. Kelajuan ini disalurkan menerusi sambungan USB-C dengan standard USB 3.2 Gen 2×2.

Sandisk Extreme V2 Portable SSD

Versi bukan Pro ini memiliki badan yang tahan lasak, diperbuat dari silikon tetapi tiada lapisan aluminium di dalamnya. Tetapi ia memiliki tahap kelasakan yang sama, tahan jatuh setinggi 2 meter serta kalis air dan debu IP55. Penyulitan perkakas AES 256-bit turut terbina di dalam.

Untuk kelajuan pula, Sandisk Extreme mampu membaca sepantas 1,050Mb/s dan menulis sehingga 1,000Mb/s. Sekitar separuh kelajuan versi Pro, tetapi masih jauh lebih pantas dari kebanyakan storan SSD lain.

Harga

Storan Sandisk Extreme Pro V2 dan Sandisk Extreme V2 Portable SSD telah mula dijual di Malaysia dan boleh didapati di Stor Sandisk di Lazada, serta pengedar sah Sandisk di seluruh Malaysia. WD memberi jaminan selama 5 tahun untuk storan ini.

Stor Sandisk di Lazada

Harga rasmi jualannya adalah seperti berikut:

  • Sandisk Extreme Pro V2 1TB – RM 1,499
  • Sandisk Extreme Pro V2 2TB – RM 2,599
  • Sandisk Extreme V2 500GB – RM 589
  • Sandisk Extreme V2 1TB – RM 999
  • Sandisk Extreme V2 2TB – RM 1,999

Maklumat lanjut mengenai storan ini boleh didapati di laman produk Sandisk Extreme Pro dan Sandisk Extreme Portable SSD.

Tags: SanDiskSanDisk Extremesandisk extreme portable SSDSandisk Extreme ProSandisk Extreme Pro Portable SSD
Najib

Najib

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
Sandisk Extreme Pro, storan SSD mudahalih yang tahan lasak, kalis air dan super pantas

Sandisk Extreme Pro, storan SSD mudahalih yang tahan lasak, kalis air dan super pantas

2 December 2020
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025
KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

21 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER