• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Kecanggihan iPhone menjadi laluan mudah penggodam menceroboh

  • OLEH Najib
  • 4:14 pm
  • 03/12/2020
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Produk Apple sering menjadi pilihan kerana ia sangat mudah digunakan, terutama sekali di dalam satu ekosistem. Jika anda memiliki iPhone, pelbagai data seperti gambar dan video, boleh dihantar ke iPad secara pantas melalui AirDrop. Malah, iPad boleh digunakan sebagai paparan kedua MacBook menerusi SideCar.

Kecanggihan teknologi ini dijayakan menerusi protokol Apple Wireless Direct Link (AWDL), di mana ia mencipta rangkaian mesh sesama produk Apple yang sentiasa terbuka untuk memulakan hubungan dengan pantas. Tetapi ia juga sebenarnya, telah menjadi lompong yang membenarkan penggodam mengambil alih akses ke peranti Apple, walaupun peranti itu telah dipadamkan kuasanya.



AirDrop di iPhone dan iPad

Perkara ini didedahkan oleh penyelidik keselamatan Google project Zero, Ian Beer. Menurut beliau, lompong ini memberi kesan kepada pelbagai peranti iOS dan iPhone, sebeum kemaskini pada bulan Mei. Masalah ini membolehkan pengodam mengakses peranti dari jarak jauh, dan mengawal peranti seperti menghidupkan semula, membaca emel dan mesej, memuat turun gambar, malah boleh mendegar dan melihat menerusi kamera dan mikrofon iPhone.

Tetapi Ian menerangkan lagi, tiada bukti menunjukkan masalah ini telah disalahgunakan secara meluas. Malah, beliau sendiri mengambil masa selama 6 bulan untuk menemui, menguji, mengesahkan dan menghasilkan semula masalah ini. Walaupun kemaskini iOS pada bulan Mei telah menampal lubang ini, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak mengambil ringan kewujudan masalah ini.



Sumber: Apple

Apple mengakui masalah tersebut dan telah merujuk kepada Beer dalam kemaskini iOS pada bulan Mei. Apple juga menjelaskan bahawa kebanyakan pengguna iOS telah pun mengemaskini versi iOS terkini dengan isu ini telah dibaiki, dan menerangkan bahawa penggodam perlu berada di dalam jarak Wi-Fi yang sama untuk ia menyerang.

Pendek kata, masalah AWDL ini adalah sama seperti yang sering kita tonton di dalam filem. Di mana ada penggodam super hebat, yang boleh mengambil alih akses mana-mana peranti elektronik dari jarak jauh. Pasti sangat mengerikan jika ia benar-benar berlaku.

Jika anda mahu tahu lebih mendalam secara teknikal tentang isu ini, anda boleh membaca laporan dari Ian Beer di sini. Tonton video beliau di bawah ini tentang bagaimana ia terjadi.

[Sumber: The Verge]

Tags: appleiphone
Najib

Najib

POPULAR

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026

Kecanggihan iPhone menjadi laluan mudah penggodam menceroboh

3 December 2020
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER