• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Genshin Impact kuasai game terbaik, WakeOut terpilih aplikasi terbaik Apple AppStore

  • OLEH Najib
  • 1:15 pm
  • 04/12/2020
  • Komen
Genshin Impact kuasai game terbaik, WakeOut terpilih aplikasi terbaik Apple AppStore
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti Google Playstore, Apple turut mengakhiri tahun 2020 dengan pilihan aplikasi terbaik di stor aplikasi mereka, Apple Appstore. Cuma Apple tidak membuat undian peminat, sebaliknya hanya menyedikan kategori pilihan editor sahaja.

Tetapi Apple mengkategorikan aplikasi pilihan terbaik ini mengikut peranti, iaitu iPhone, iPad, Mac, Apple TV dan Apple Watch. Bagi game pilihan terbaik pula, ia dibahagikan kepada iPhone, iPad, Mac, Apple TV dan Apple Arcade.



Trofi aplikasi terbaik Apple Appstore

Kali ini, Apple turut menghasilkan trofi fizikal untuk penerima anugerah aplikasi terbaik Appstore. Ia dihasilkan dari gambar ikon Playstore berwarna biru, diperbuat dari aluminium 100% dikitar semula. Nama pemenang ditulis di bahagian belakang trofi.

Jika di Google Playstore, aplikasi terbaik pilihan editor adalah Loona, sebuah aplikasi yang membantu untuk tidur berkualiti, Apple pula memilih Wakeout! sebagai aplikasi terbaik di iPhone. Wakeout membantu pengguna untuk mencari masa dan memberi semangat, agar sentiasa bergerak untuk melakukan senaman ringan.



Ia boleh dilakukan sewaktu duduk di sofa menonton tv, sedang bekerja di pejabat, malah ia juga ada aktiviti untuk membantu waktu tidur. Terdapat ribuan aktiviti dan ratusan rutin untuk diikuti di pelbagai tempat dan masa.

Bagi game pula, tidak menghairankan apabila Genshin Impact dipilih sebagai game terbaik di iPhone kerana ia turut menjadi pilihan terbaik di Google Playstore. Ia merupakan permainan RPG dunia terbuka, dengan pemandangan yang indah dan menawan.

Pemain turut dibelai dengan bunyi dan lagu yang mendamaikan semasa bermain, selain sistem perlawanan elemental yang mengasyikkan. Membuat pemain hanyut berjam-jam lamanya di dalam dunia fantasi Genshin Impact.

Dalam kategori lain, menariknya Disney+ terpilih sebagai aplikasi Apple TV terbaik. Ia juga adalah aplikasi pilihan pengguna di Google Playstore. Malangnya, Disney+ masih belum ditawarkan di Malaysia.

Zoom pula dipilih sebagai aplikasi iPad terbaik. Dapat dilihat populariti Zoom melonjak naik semasa Perintah Kawalan pergerakan (PKP). Penggunaannya yang mudah dan stabil, membuatkan ia menjadi pilihan ramai untuk membuat persidangan video.

Zoom

Senarai penuh 15 aplikasi terbaik di Apple Appstore adalah seperti berikut:

  1. Aplikasi iPhone terbaik: Wakeout! oleh Andres Canella
  2. Aplikasi iPad terbaik: Zoom
  3. Aplikasi iPad terbaik: Fantastical oleh Flexibits
  4. Aplikasi Apple TV terbaik: Disney+
  5. Aplikasi Apple Watch terbaik: Endel
  6. Game iPhone terbaik: Genshin Impact oleh miHoYo.
  7. Game iPad terbaik: Legends of Runeterra oleh Riot Games
  8. Game Mac terbaik: Disco Elysium oleh ZA/UM
  9. Game Apple TV terbaik: Dandara Trials of Fear oleh Long Hat House
  10. Game Apple Arcade terbaik: Sneaky Sasquatch oleh RAC7
  11. Trend Keluarga: Caribu
  12. Trend Pendidikan: Explain Everything Whiteboard
  13. Trend Permainan: Pokemon Go
  14. Trend Penjagaan Diri: Shine
  15. Trend Menderma: ShareTheMeal
  • Caribu
  • Pokemon Go
  • ShareTheMeal
  • Shine

[Sumber: Apple]

Tags: appleApple Appstore
Najib

Najib

POPULAR

Genshin Impact kuasai game terbaik, WakeOut terpilih aplikasi terbaik Apple AppStore

Genshin Impact kuasai game terbaik, WakeOut terpilih aplikasi terbaik Apple AppStore

4 December 2020
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER