• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PBB iktiraf Kanabis sebagai ubat tetapi Malaysia kekal melarang penggunaannya

  • OLEH Najib
  • 8:13 pm
  • 04/12/2020
  • Komen
PBB iktiraf Kanabis sebagai ubat tetapi Malaysia kekal melarang penggunaannya
Share on FacebookShare on Twitter

Kanabis merupakan salah satu jenis dadah yang tertakluk penggunaannya di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952. Undang-undang itu menetapkan hukuman pemenjaraan terhadap pemilikan dadah yang dijadualkan dalam akta berkenaan dan hukuman mati mandatori membabitkan kesalahan pengedaran dadah di negara ini.

Baru-baru ini, Suruhanjaya Dadah Narkotik Antarabangsa pada 2 Disember lalu di Vienna, telah bersetuju menerima usul untuk menggugurkan kanabis dan resin kanabis, dari Jadual IV Konvensyen Tunggal Mengenai Dadah Narkotik 1961 pindaan Protokol 1972 (Konvensyen 1961). Usul ini telah diundi dan berjaya lulus dalam majoriti tipis, 27 bersetuju antaranya Amerika Syarikat dan United Kingdom, berbanding 25 menentang yang melibatkan Rusia, China, Pakistan dan Nigeria.



Keputusan yang diambil oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan menjadi pemangkin kepada penggunaan kanabis untuk perubatan, yang semakin meningkat di banyak negara. Ia juga akan memacu perubahan kepada undang-undang di beberapa negara untuk membenarkan penggunaannya bukan sahaja dari segi perubatan malah kegunaan biasa.

Bagaimanapun Malaysia tidak akan mengubah undang-undang sedia ada berkenaan dadah kanabis.



Datuk Seri Hamzah Zainuddin. Sumber: MalayMail

Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, kerajaan tidak akan mengubah status kawalan kanabis dan semua bahan berkait kanabis dalam negara. Bagi peringkat antarabangsa, keputusan Suruhanjaya Dadah Narkotik tersebut untuk menggugurkan kanabis dan resin kanabis daripada Jadual IV Konvensyen 1961 juga tidak melonggarkan kawalan antarabangsa terhadap kanabis kerana ia masih kekal dikawal ketat di bawah Jadual I Konvensyen 1961.

“Malaysia sebagai ahli dalam ketiga-tiga Konvensyen Dadah Antarabangsa iaitu Konvensyen 1961, Konvensyen Mengenai Bahan Psikotropik 1971 dan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Menentang Perdagangan Haram Dadah Narkotik dan Bahan Psikotropik 1988, kekal komited untuk membanteras jenayah narkotik di peringkat domestik serta global,” katanya lagi.

[Sumber: Vice, Sinar]

Tags: Hamzah ZainuddinPBB
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
PBB iktiraf Kanabis sebagai ubat tetapi Malaysia kekal melarang penggunaannya

PBB iktiraf Kanabis sebagai ubat tetapi Malaysia kekal melarang penggunaannya

4 December 2020
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

18 March 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN