• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Telefon perlu lebih tebal 3x ganda jika mahu pasang kamera 600MP

  • OLEH Najib
  • 4:38 pm
  • 07/12/2020
  • Komen
Ini Sebab Kenapa Kamera Galaxy S20 Ultra Boleh Mengezum 100×
Share on FacebookShare on Twitter

Bukanlah rahsia mengenai hasrat Samsung untuk memasang kamera 600MP di telefon pintar. Perkara ini telah disebut menerusi kenyataan rasmi Samsung pada bulan April lepas, tetapi ia masih jauh dari kenyataan kerana teknologi dalam masa terdekat masih belum sesuai.

Tetapi usaha Samsung ini dilihat masih diteruskan, apabila terdapat slaid pembentangan mengenai kamera 600MP terbocor di internet. Ia disebarkan oleh pembocor berita terkenal, Ice Universe.



Samsung is really doing 600MP sensors! pic.twitter.com/vGgsfxsGGh

— ICE UNIVERSE (@UniverseIce) December 5, 2020

Menerusi akaun twitter @universeice, dia berkongsi slaid yang menunjukkan bagaimana sensor 600MP boleh dipasang di telefon pintar. Tetapi masalah besarnya adalah saiz fizikal sensor.

Teknologi sedia ada untuk sensor 64MP menggunakan piksel bersaiz 0.8-mikron, menjadikan saiz fizikal sensor sebesar 1/1.7-inci dengan ketebalan 7.2mm. Bagi sensor 108MP, ia juga menggunakan piksel 0.8-mikron dan memiliki saiz sensor 1/1.3-inci setebal 9.1mm.



Tetapi untuk sensor 600MP, jika ia masih menggunakan piksel 0.8-mikron, maka ia memerlukan sensor berukuran 1/0.57-inci dengan ketebalan 22mm. Ianya 3x lebih tebal dari sensor 64MP dan mengambil 12% ruang belakang telefon.

Dalam kenyataan April lepas, Samsung menyatakan salah satu cara untuk menaikkan jumlah piksel (MP) adalah dengan mengecilkan saiz piksel. Tetapi saiz piksel lebih kecil menjadikan gambar mnejadi kurang cerah dan kusam, kerana cahaya makin kurang diterima oleh sensor bersaiz lebih kecil.

Sensor Samsung ISOCELL Bright HM1 108MP, menggunakan saiz piksel 0.8-mikron, menjadikan saiz sensor sebesar 1/1.33-inci. Masalah ini diatasi dengan menggabungkan piksel berhampiran, kepada 1 piksel lebih besar. Teknologi Tetracell Samsung membenarkan 4-piksel berhampiran, menjadi 1 piksel besar berukuran 1.6-mikron. Manakala teknologi Nonacell yang lebih baru, menggabungkan 9-piksel berhampiran kepada 1 piksel berukuran 2.4-mikron.

MP yang tinggi di kamera membolehkan rakaman video beresolusi lebih tinggi dijayakan, selain tangkapan gambar dengan lebih ketelitian. Ia juga membolehkan zum lebih jauh secara digital, apabila dipotong kepada resolusi lebih rendah.

Berapa lama agaknya masa yang diperlukan Samsung untuk merealisasikan kaemra 600MP yang sesuai di telefon pintar? Adakah anda resolusi lebih tinggi masih perlu dikejar pengeluar peranti?

[Sumber: GSMarena, @universeice]

Tags: samsung
Najib

Najib

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Ini Sebab Kenapa Kamera Galaxy S20 Ultra Boleh Mengezum 100×

Telefon perlu lebih tebal 3x ganda jika mahu pasang kamera 600MP

7 December 2020
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER