• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

WHO syorkan pemakaian topeng muka di dalam bangunan

  • OLEH Fatin Amanina
  • 3:04 pm
  • 07/12/2020
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Di Malaysia, pemakaian topeng muka diluar rumah sudah diwajibkan mulai 1 Ogos 2020. Ianya wajib dipakai dalam pengangkutan awam dan di kawasan sesak atau tumpuan umum. Langkah itu diambil berikutan penambahan kluster-kluster jangkitan Covid-19, selain atas nasihat Kementerian Kesihatan.

Namun begitu, WHO melakukan satu pindaan dalam garis panduan pemakaian topeng muka baru-baru ini, iaitu penekanan pemakaiannya kepada individu meskipun berada di dalam bangunan (indoor).



Garis panduan pemakaian topeng muka baharu

Pada 2 Disember 2020, jurucakap Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO), Margaret Harris mengatakan, WHO mengesyorkan masyarakat memakai topeng muka bukan perubatan (non-medical mask) ketika berada di kawasan dalam bangunan (indoor) bersama orang lain jika pengudaraan (ventilasi) dianggap tidak mencukupi.

Ianya juga perlu dipakai sekiranya jarak 1 meter tidak boleh dikekalkan. Garis panduan ini bukan sahaja untuk golongan dewasa, tetapi ia melibatkan kanak-kanak dan pelajar berusia 12 tahun ke atas. Garis panduan ini juga terpakai di kawasan kluster Covid-19 dan kawasan yang disyaki ada Covid-19.



Dalam pada masa yang sama, WHO terus menasihati sesiapa yang disyaki menghidap COVID-19 atau menunggu keputusan ujian, perlu memakai topeng perubatan ketika berada di sekitar orang lain.

WHO meminta penggunaan topeng muka yang lebih meluas di lokasi penjagaan kesihatan berlaku. Contohnya di hospital, pusat rawatan segera, pusat pemulihan dan rumah jagaan. Oleh itu, WHO mencadangkan topeng muka perlu diguna pakai untuk semua orang di dalam kawasan kesihatan termasuklah kakitangan, pesakit dan pelawat.

Risiko penyebaran Covid-19 akan menjadi rendah sekiranya setiap individu mengaplikasikan pemakaian topeng muka tanpa mengira lokasi.

Perbezaan kegunaan pelitup muka perubatan (3 lapis) dan bukan perubatan.

Terdapat beberapa perbezaan di antara 2 topeng muka ini, anda boleh memilih untuk memakai salah satu daripadanya jika ia bersesuaian anda.

Pelitup muka 3 lapis:

  • Kegunaan petugas kesihatan
  • Orang awam yang mempunyai gejala saluran pernafasan boleh menggunakannya
  • Golongan berisiko tinggi yang berada di kawasan jangkitan Covid-19 dan penjarakan sosial 1 meter sukar untuk diamalkan:
    • Warga emas (60 tahun ke atas)
    • Mempunyai penyakit kronik’
  • Hanya boleh pakai sekali sahaja
  • Dipakai tidak melebihi 8 jam dan jika bergejala tidak lebih 4 jam.

Pelitup muka fabrik (bukan perubatan):

  • Sesuai untuk digunakan oleh golongan yang tidak mempunyai gejala pernafasan
  • Berada di tempat jangkitan Covid-19 tersebar luas
  • Penjarakan sosial sukar diamalkan seperti di dalam kenderaan awam, LRT dan pasar malam
  • Golongan pekerja
  • Orang awam sihat yang berada di tempat awam
  • Boleh digunakan semula selepas dicuci dengan cara yang betul.

Jenis pelitup muka fabrik (perubatan) yang disyorkan oleh WHO

Lapisan dalam – Bahan bersifat menyerap air (hidroilik) dan berfungsi untuk menyerap air seperti cecair yang dikeluarkan ketika bersin dan batuk. Contoh bahannya ialah kapas atau campuran kapas.

Lapisan tengah – Bahan bersifat menghindar penyebaran air yang diperbuat daripada bahan sintetik bukan tenunan (synthetic non-woven). Ianya berfungsi meningkatkan penapisan atau menyerap titisan cecair yang dihasilkan oleh pemakai. Contohnya fabrik polipropilena atau lapisan kapas.

Lapisan luar – Bahan bersifat menghindar penyerapan air. Fungsinya adalah untuk menghadkan pencemaran dari luar daripada menembus masuk ke hidung dan mulut pemakai. Contoh fabrik yang digunakan ialah polipropilena, poliester atau campurannya.

Namun begitu, menurut WHO pelindung muka boleh menjadi alternatif jika topeng muka tiada. Ianya juga boleh menjadi salah satu pilihan sekiranya individu mengalami masalah kognitif, pernafasan atau pendengaran.

Pembaharuan panduan topeng muka ini diharapkan dapat mengekang wabak Covid-19 daripada terus berlarutan.

[Sumber: CNA, CTV News, MyHealth]

Tags: COVID-19WHO
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

WHO syorkan pemakaian topeng muka di dalam bangunan

7 December 2020
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

10 June 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER