• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple sedang uji SoC dengan bilangan teras sehingga 32

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:04 pm
  • 08/12/2020
  • Komen
Apple sedang uji SoC dengan bilangan teras sehingga 32
Share on FacebookShare on Twitter

Apple kini sedang gunakan cip hasilan sendiri pada sebahagian laptop mereka iaitu Apple M1.

Laptop macam MacBook Air (2020) dan MacBook Pro 13” kini diperkasa cip tersebut. Ia adalah cip yang dibangun berasaskan seni bina ARM berbanding X86 kalau gunakan CPU Intel.



Tapi kalau anda perasan, 2 laptop terawal yang menggunakan cip tersebut adalah berkelas bawah sementara produk yang lebih berkuasa masih menggunakan cip Intel.

Windows versi ARM dilapor 85% lebih pantas di cip Apple M1 berbanding Surface Pro X

Ia mencadangkan yang Apple melakukan penghijarahan daripada Intel ini secara perlahan-lahan. Dalam masa pihak mereka melakukan pengoptimuman terhadap perisian yang dulunya menyokong kerangka X86 dan kini terpaksa diadaptasi kepada ARM, ada perkhabaran yang cip yang akan hadir selepas M1 ini lebih berkuasa.



Apple kini dilapor sedang menguji rakaan cip yang mengandungi sehingga 32 teras berkuasa tinggi yang katanya akan menggalas tugasan berat di barisan Mac yang lebih berkuasa seperti MacBook Pro 16”, iMac Pro, dan Mac Pro.

Untuk perspektif, Apple M1 mengandungi 8 teras pengkomputeran

Setakat ini, Mac Pro yang paling berkuasa diperkasa cip Intel Xeon W mengandungi 28 teras dan boleh dibeli pada harga hampir mencecah RM56 ribu.  

Tapi sebelum kita melihat silikon Apple di produk yang paling tinggi heirarkinya, sumber juga mengatakan yang Apple mungkin memperkenalkan beberapa cip antara 8 hingga 12 teras untuk produk pengguna biasa.

Tiada garis masa khusus dikongsikan oleh Apple tapi mereka mensasarkan sebelum 2022, produk Mac akan bebas sepenuhnya daripada cip Intel dan anda bolehlah anggarkan secara kasar bilakah MacPro dan iMac versi silikon Apple akan masuki pasaran.

[Sumber: Bloomberg]

Tags: appleapple m1apple silicone
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Apple sedang uji SoC dengan bilangan teras sehingga 32

Apple sedang uji SoC dengan bilangan teras sehingga 32

8 December 2020
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER